Powered By Blogger

Wednesday, September 1, 2010

Sibukkah anda?

Saya tahu bahawa saya tidak berhak utk bercakap pasal sibuk sebab saya rasa ramai lagi org2 di luar sana yg teramat sibuk sperti PM kita, Datuk Seri Mohd Najib dan para YB2 yg lain.

Cuma sya terasa sedikit luar biasa berlaku pada diri saya semenjak bulan april tahun ni lagi. Ianaya semakin menjadi bila semester baru bermula pada bulan julai lepas dan semakin menjadi luarbiasa bila masuknya bulan ramadhan yg mulia ini.

Setiap minggu sya mesti pastikan yg sy memberi kerjarumah pada student saya seramai 81 org. Setiap minggu juga saya akan mengendong hasil kerja mereka ke rumah dan memeriksa bila ada masa terluang.

Setiap hari khamis atau jumaat sya akan memerah otak, apa kerja rumah yg patut bagi pada mereka. Setiap hari saya akan membuat sedikit research di dalam online databases jika ada latest research mngikut topik2 yg diajar. Kalau boleh stdent sentiasa dibekalkan dgn info yg baru dan terkini. Nota2 perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

2 minggu lepas, kami diminta menyediakan soalan2 untuk peperiksaan akhir semester pada bulan october. MashAllah, rasa macam nk pecah kepala saya bila terpaksa "berkhayyaling". Pada masa yg sama, ada 3 kertas kerja yg perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Bulan ramadhan yg mulia ni, sya mesti pastikan sya mencapai KPI ( Key Performance Indicator)seprti qiyam, solat sunat, bersedekah, khatam Quran dan pelbagai amalan lain lagi.

Tidak ketinggalan juga, setiap minggu atau cuti umum, sya mesti melawat teratak baru kami sekeluarga di Melati Utama yg sedang dalam proses pembaikan.

Apa2 pun, sya pasti student2 saya adalah org2 yg paling sibuk sekali apabila setiap minggu semenjak bulan ogos lagi ujian pertengahan semester yg berderet2 setiap minggu disamping assignment dan kerja2 lain yg berkaitan dgn pelajaran mereka..

Tahun ni, sya tidak berkesempatan utk membalas kad2 raya [ yg amat sedikit] yg dihantar oleh student2 saya. Maaf, ini semua kesilapan saya yg gagal menguruskan masa dgn bijak..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi bebanan kepada kita melainkan DIa tahu yg kita mampu utk memikulnya..


p.s. Mana lebih senang, hantar kad raya atau hantar warning letter?

No comments: