Powered By Blogger

Friday, April 24, 2009

Hukum Sebat dalam Islam

Kelmarin saya pergi menghadiri satu seminar anjuran JAKIM di pusat konvensyen putrajaya di Putrajaya..Adus, mak oi! gah sungguh pusat tu. mcam hotel 5 star.. tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal hotel tapi nak cerita pasal seminar Hukuman sebat bagi Pesalah jenayah syariah di Malaysia.

ada beberapa isu penting yg ingin saya kongsikan bersama dengan student2 saya..

yg pertama, cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil. dalam syariah, cara nak sebat, masa nak angkat rotan tu, tak boleh nampak ketiak kita ( hadith rasulullah) misalannya, kalau kita kepit buku kat ketiak tu dan angkat rotan untuk sebat pesalah tu, buku tu tak jatuh. rotan yg digunakan bagi pesalah jenayah syariah adalah lebih kecil diameternya dari svil. Objektif dilaksanakan hukuman adalah li ta'dib-untuk mendidik dan bukannya li ta'ziib-untuk menyiksa pesalah. Kesan dari sebatan tidak boleh berdarah pada kulit pesalah tapi bagi pesalah sivil hmm.. parut tu hanya akan hilang selepas 2 tahun. Ini pun bergantung pada jenis kulit jugak..

yg kedua, pendakwa syarie, pengawai jabatan agama dan hakim2, jgn takut untuk memastikan penjenayah yg melakukan jenayah yg membawa hukuman sebat, jgn takut untuk melaksanakan tugas anda.

yg terakhir, Negeri2 lain selain dari negeri kelantan, ikut lah jejak langkah negeri kelantan yg telah pun melaksnakan hukuman sebat ini sejak 1987 lagi. kalau yg belum beli rotan lagi, sila lah ke kedai buat survey, yg mana satu rotan yg sesuai mengikut syara' untuk digunakan.

perkara2 di atas adalah antara isu2 penting yg ingn saya kongsikan bersama.

ada ditunjukkan gambar dan demonstrasi cara sebatan yg dibuat oleh pegawai penjara.. takuuut saya tengok. utuk pesalah sivil saya tengok, tukang sebat tu, pusing 360' untuk menyebat pesalah. Pah bakpo, tak terberak n terkencing pesalah. pengsan tu biasa lah, kata pengawai penjara. Menurut Tuan Abu Bakar Abdullah Kutty, Ketua pendaftar mahkamah syariah negeri Kelantan, masa dia tengok demonstrasi di jabatan penjara ( masa tu dia jadi ketua pendakwa syarie-hok bengkeng sekali padahal tu) lepas tengok, 3 hari dia demam. tak tau kalau saya yg tengok.. pengsan tak bangun2 lagi kot!

dalam kereta saya termenung sendiri sepnjang perjalanan balik ke UIAM. Ingat pada anak2, adik2 dan student yg saya kasihi.. jgn buat maksiat..maksiat adalah jalan untuk buat jenayah.. sakitnya, pedihnya.. tapi saya terfikir pula..azab di akhirat sebenarnya adalah lebih pedih, lebih azab dari azab di dunia... masyaAllah.. pintu taubat masih terbuka..subhanallah..

No comments: