Powered By Blogger

Saturday, May 23, 2009

" bercuti rehat"

Sebenarnya segan juga nak cerita pasal diri sendiri dalam blog saya ni.Blog ni lebih kepada nak berkongsi pengalaman saya mengajr di UIAM dan berdepan dgn pelajar2 di AIKOL.

W/pun, kali ni nak sisipkan sedikit personal note. saya akan bercuti rehat selama ( kata dr, 3 hari) di pusat perubatan pantai di Bangsar, KL. InsyAllah, saya akan dibedah oleh consultant surgeon di sana, Dr Fahmi Abdul Karim. Penyakitnya tak da lah besar sangat..kecik je. Tapi bila kena general anaesthetic tu, risau juga. Kot2 tak bangun-bangun!

Pembedahan akan dijalankan pada hari isnin, 25/5 jam 12.30pm. Saya akan mula masuk wad pada Ahad (24/5) jam 9 malam. Saya pun sebenarnya mahu pembedahan ini dibuat secepat yg mungkin. Maklum lah UIAM sekarang ni tgh cuti semester panjang ( w/pun ada yg mengajar tetapi hnya segelintir saja). Sya risau sgt kalau saya sakit semasa sem berjalan.. risau takut tak boleh buat kelas..nanti student ketinggalan pelajaran dari kelas2 lain.


Yg pasti kita hanya merancang, Allah yg menentukan..


Akhir sekali, doakan saya..mudah2an semuanya selamat dan berjalan seperti yg dirancangkan.. Amin Ya rabbal alamin

8 comments:

Fairoz said...

Salam.
Semoga Allah memudahkan segala urusan pembedahan ustazah dan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindunganNya..

Semoga Ustazah cepat sembuh.. insyaAllah..

Capik said...

Smoga KK di dlm perlindunganNya slalu...smoga pembedahan berjalan dgn baik....

InsyaAllah...amin....

firdaus said...

Ya Rabbi, baru arini tau pasal nie...

insyaAllah dalam 2-3 hari lagi saya call mdm... nak call arini takut tak sesuai plak sebab baru je operation semalam...

doa saya semoga cepat sembuh mdm... :)

Roseriana CA said...

baru sy taupasal ni mdm...napa tak sms sy...sy out station ke pangkor dr 23hb hari tu...skrg baru sampai kl...mdm...sy doakan semuanya berjalan lancar...insyaallah...

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

salam
ustazah nape tak ckp
semoga ustazah cepat sihat
moga sentiasa dilindungi ALLAH selalu
syafaakillah

ramizah said...

untuk semua: pembedahan berjalan dgn lancar w/pun dr ingat 1 jam je..tapi smapai 2 1/2 jam. semakin sihat..tapi solat masih dlam keadaan duduk atas kerusi.

dhue comel said...

alhamdulillah... smoge cpt recover.. =)

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

alhamdulillah
lega skit hati nih