Powered By Blogger

Thursday, October 28, 2010

Oral Test

Semester 1 2010/2011 telah pun berakhir hari isnin lepas. Student2 sudah pun menduduki exam sejak semalam lagi.

Hari selasa dan rabu lepas saya telah membuat oral test pada student ICL saya. Oral test adalah metod assessement yg paling cepat dan tangkas. Tang tang tu jugak saya bagi markah. Masa oral test juga saya dapat melihat samada mereka bersedia atau tidak utk ditanya. Disamping itu, saya juga boleh memberi rumusan dari segi tahap keyakinan diri masing2. Yg penting dalam oral test ialah anda hendaklan menjadi diri anda sendiri. percaya pada kebolehan diri dan menyerahkan diri pada Allah yg maha Esa selepas membuat persediaan secukupnya.

Ada yg masuk bilik saya tidak memberi salam, tidak mengetok pintu dan terus duduk di atas kerusi tanpa dijemput. Walaupun perkara sebegini tiada dalam pemarkahan, tetapi ini menunjukkan anda tidak tahu adab2 masuk ke pejabat pensyarah. Mungkin anda akan menjawab, " saya takut sangat atau saya nervous sangat". Sebenarnya, proses ini juga dapat menilai sejauh mana anda mengawal perasaan anda; takut, gembira, nervous dan juga sedih.. Yg penting anda hendaklah menjadi diri anda sendiri.. yakin pada kebolehan yg ada tanpa mengikis sifat2 mahmudah dalam diri.

Dan bila mereka beredar..
saya juga menjadi diri sendiri..
bila dibiar sendiri...
tanpa diziarahi oleh sseiapa lagi..
Kerana saya hanya lilin yg membakar diri..
untuk anda yg dikasihi..

p.s. Biar aku sendiri..

2 comments:

seri pagi said...

lilin yg membakar untuk menerangi orang lain tapi diri tetap maintain tak cair.

Syafiqah Najwa said...

thx 4 everything ustazah!!
:)