Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

"127 hours" bersama dgn anak-anak..

Saya suka sangat tengok filem yg berdasarkan kisah benar. Kisah2 sebegini sebenarnya banyak memberi inspirasi di dalam hidup kita. Saya pernah tengok cerita "Taekuguki" dan menangis sedih sepanjang cerita itu hingga keluar panggung.

Saya ada juga menonton filem cina yg bertajuk " after shock", juga cerita sedih dan berdasarkan kisah gempa bumi yg sebenar yg berlaku pada tahun 1976. Macam biasa saya menangis teresak2.

Hari ini saya bersama dgn anak2 serta adik bongsu saya, Fatien, pergi menonton wayang cerita "127 hours" yg juga berkisar pada kisah benar yg berlaku pada tahun 2003. Sehingga ke saat ini saya masih tidak lupa melihat adegan dia memotong tangannya sendiri. Begitulah nekad seorang yg terperangkap sendirian di antara lurah2 di pergunugan Canyon.

Sejurus habis cerita saya memberitahu anak2, the morale of the story is that, don't you forget to let me know where you are going. Dengan siapa nak pergi dan bila nak balik. Saya juga mengingatkan mereka bahawa bila mereka susah mereka akan mula ingat pada mama dan papa. Bila senang, tak nak bagi tahu mama apa yg berlaku.

sebagai org Islam, apa pun yg berlaku kita hendaklah kembali pada Allah yg satu. teringat juga pada kisah pada zaman dulu tentang beberapa org Islam yg terperangkap di dalam gua dan pintu keluar dihempap dgn bastu besar. Tp dgn kuasa Allah, batu itu bergerak selepas masing2 bercerita tentang kebaikan yg telah mereka lakukan kpd ibubapa masing2..

Apa2 pun, Aron sekarang masih hidup dan meneruskan hobinya iaitu mendaki gunung..

p.s. there is no greatest power but the power to live...

3 comments:

Adrina Adi said...

alaaaa... dah bgtau pulak ending dia macam mana. hahaha. baru ingat naj ajak Ha tengok.

kakak pun suka tengok filem yg berkisar kisah benar.

ramizah said...

bgtau tak sama dgn tgk..pegi la tgk..very inspiring movie. pengajaran juga pada anak2..

Janna Wan Muhammad said...

ooo..this guy pernah muncul deka Oprah....panjang betul umur dia kan ?