Powered By Blogger

Sunday, April 24, 2011

Ulangtahun perkahwinan yg ke-18

Semalam, tanggal 23 April, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 18.Alhamdulillah, syukur kepada Allah azza wajalla, Tuhan sekalian alam, yg memberi rahmat kepada kami berdua untuk terus mencintai kerana Allah taala.

Walaupun pelbagai onak dan duri, syurga dan neraka, ombak bergelora dan menghempas pantai, tapi cinta masih utuh, hati masih kukuh untuk terus bersama.

Kadang2 ada student bertanyakan saya apa tips utk berumahtangga. Pertama2 nya jangan diingat setiap rumahtangga adalah syurga, penuh romantis, penuh puitis dan tiada tangisan. Rumahtangga adalah sebahagian dari kehidupan di dunia yg fana ini. Tidak lari dari unsur2 di atas. Tetapi apa yg mengekalkannya hingga saat ini. Tidak lain dan tidak bukan kerana rahmat Allah taala yg dicurahkan ke dalam hati2 kami. Setiap tangisan yg lahir dari kehidupan rumahtangga akan menguatkan lagi utk kita memahami pasangan kita dan akan menguatkan lagi keimanan kita agar kita selalu kembali kpd Allah.

Dalam kes saya, yg saya selalu ingatkan pada diri saya adalah membilang kebaikan dan kelebihan yg ada pada suami. Bila saya melihat kekurangan yg ada pada dirinya, terus saya menyejukkan diri saya dgn membilang kelebihan dalam diri dia dan seterusnya memaafkan dia. Dan suami pula, dgn sifat sense of humour yg ada pada dia membuat saya ketawa sentiasa dgn jenaka beliau. Suami saya suka membuat surprise dgn membawa balik sekuntum bunga, menulis nota cinta pada sya melalui email, menelefon saya semata2 utk mengucap "I love you" atau "I miss you" atau untuk mengucap " You are so beautiful".

Saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dan suami melihat kekurangan saya adalah kekuatan bagi dia...

Untuk berjaya dan bahagia dalam perkahwinan, selalulah kembali pada Allah..Dia lah empunya hati, Dialah yg membolak balik hati kita..kepadaNya kita berserah pada setiap masalah yg dihadapi...Banyak2kan membaca Quran di rumah agar malaikat rahmat menyuburi hati2 penghuninya dgn kasih sayang dan kesabaran..

p.s. Maaf, Redha dan Sabar..

3 comments:

Nor Shakira Nabila Bte Nor Azman said...

romantik dan bahagianya,ustazah,moga semakin hari semakin bahagia hendaknya,Amin...;)(shakira nor azman)

ramizah said...

terimaskasih..mudah2an kekal smpai mati..

Anonymous said...

Salam ustazah...
What a romantic note... I didn't expect that ustazah Ramizah is a romantic woman... Wish you happy marriage with endless love... :)