Semalam saya dikunjungi oleh seorang pelajar yang bernama Hameedullah. Dia bertanyakan saya mengenai apakah hukum menyambut Hari Ibu. Saya bukannya seorang muftiyyah yang layak untuk mengeluarkan hukum. Hanya sekadar memberi pandangan sahaja. Jika selepas ini ada fatwa yg menetapkan bahawa menyambut Hari Ibu ini adalah tidak harus, haram atau makruh maka saya akan ikut apa keputusan majlis fatwa.
Pada pandangan saya, menyambut Hari Ibu itu mungkin tidak harus. Tetapi untuk mengucapkan ucapan "Selamat Hari Ibu/Bapa" adalah tidak menjadi masalah. Setahu saya, sambutan Hari Ibu ini adalah berasal dari budaya barat dan bukan dari agama Kristian. Seperti budaya mereka untuk mengucapkan Thank you, Please dan Sorry. Budaya seperti ini tidak bersalahan dengan hukum dan konsep maqasid shariah. Walaubagaimanapun, menurut Hameedullah, sambutan Hari Ibu adalah berasal dari orang kristian di Greece. Kalau betul, dari sana maka saya pun akan turut menukar pandangan saya tadi.
Seperti yang saya katakan tadi, perlu ada perbezaan antara menyambut dan mengucap Hari Ibu. Ucapan hari ibu kepada ibu-ibu dan bakal2 ibu adalah salah satu bentuk penghormatan yg diberikan kepada manusia istimewa ini. Saya rasa tidak salah untuk meyebarkan mesej ini kepada semua. Malah di dalam konteks akhlaq Islamiyyah ialah digalakkan untuk saling memuji dan bukannya mengeji.
Sempena Hari Ibu minggu lepas, anak bongsu saya, Ahmed Lutfi ada membuat satu kad kepada saya. Di dalam kad tersebut, tertulis kata-kata seperti di bawah. Bagi saya adalah digalakkan untuk memberi kata-kata istimewa untuk ibu. Sekurang2nya ibu tahu apa rahsia hati anda pada dia.... Hari-hari adalah Hari Ibu! Selepas membaca ucapan dari Lutfi, hati saya cukup tersentuh kerana walaupun saya selalu berleter dan marah pada dia, rupanya dia masih bersangka baik dengan saya...
^
^
^
^
^
^
^
2 comments:
Selamat hari ibu buat ustazah.. Semoga allah membalas segala jasa budi yang telah ustazah curahkan buat anak didik ustazah selama ini..
lutfi anak juruh!:))
Post a Comment