Antara kelebihan bila kita keluar berjalan-jalan samada di dalam atau di luar negeri ialah dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru. Gambar-gambar di bawah adalah kawan-kawan baru yang saya jumpa semasa di airport, di hotel dan di tempat konferensi. Sebenarnya di dalam dunia ini tiada orang luar dan juga tiada orang yang kita tidak kenali jika kita sentiasa membina jambatan persahabatan dan bukannya dinding persahabatan.
Gambar di bawah, saya bersama seorang kawan.
Kemudian saya berjaya mendapat seorang lagi, jadi sekarang ada dua kawan!
Kemudian ada 3 lagi! ( sebetulnya di sebelah kiri saya, yang bersongkok itu adalah teman lama semasa di UIAM) Kanak-kanak lelaki yang berjaket hitam, katanya bila besar mahu jadi Professor sebab itu dia pakai jaket. Namanya Ajwad dan dia pun kawan saya juga!
Dan kali ini saya ada 4, 5, 6. 7, 8, 9, 10, 11,12....bersama dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab di Bandar Seri Begawan. Subhanallah, anak-anak ini semuanya manis-manis dan sopan. Ramai orang Brunei yang saya jumpa, lelaki mahu pun perempuan, adalah mereka yang baik dan lembut percakapannya. Anak-anak ini boleh menjadi menantu saya, kalau mereka mahu. Hehehe... Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Amin :)
3 comments:
Salam.. Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bila agaknya dapat bermusafir bersama ye?? Hehehe
inshaAllah..ada la tu jika diizinkan Allah
alololo.. sweet nye gambar first tu. hehehe ;)
Post a Comment