Powered By Blogger

Sunday, June 17, 2012

Khayalan di ampaian kain

Semasa saya menyidai kain baju yang dibasuh malam tadi saya terdengar ucapan dari tetamu kehormat yang dijemput untuk memberi ucapan utama dan merasmikan Hari Sukan di Sekolah Taman Melati pagi tadi. Di dalam ucapan tersebut dia menyebut tentang Datuk Nicole David sebagai satu contoh tentang kejayaan seorang anak muda yang mengharumkan nama negara di persada dunia. Semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Datuk Nicole sejak dari usia mudanya patut dicontohi oleh pelajar-pelajar di sekolah tesebut. Saya mengamati ucapan itu dari awal hingga akhir, dikhuatiri ada disebut dalam ucapan itu tentang Rasulullah, uswatun hasanah kita sebagai orang Islam. Tetapi tiada langsung disebut nama Baginda SAW. Ucapan itu diakhiri dengan ucapan perasmian Hari Sukan sekolah tersebut.

Saya berkhayal sendirian sambil mengatur baju di ampaian,  kalaulah saya jadi YB;Saya akan mulakan ucapan itu dengan beberapa ayat suci al Quran yang menyatakan tentang aktiviti sukan seperti menunggang kuda yang hukumnya harus dalam Islam.. Kemudian saya akan menyebut tentang Rasulullah SAW yang gemar berlari dan juga pesanan dari Baginda agar kita pandai berenang dan memanah. Sesunngguhnya segala jenis aktiviti sukan boleh menyihatkan badan seterusnya membawa kepada sihatnya aqal. Sukan boleh menghilangkan stress pada fikiran kita.  Aqal  yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada fikiran dan mental kita. Saya akan tekankan juga badan dan aqal yang sihat boleh membantu kita untuk berjihad pada jalan Allah. Dengan kata lain, ucapan saya lebih kepada untuk menguatkan aqidah pelajar-pelajar tersebut agar setiap aktiviti yang dilakukan hendaklah bertujuan untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Pada masa yang sama, saya akan memastikan Rasulullah SAW patut didahulukan sebelum orang-orang lain yang mana cara hidup kita hendaklah berlandaskan di atas sunnah Rasulullah SAW. Dialah idola hidup kita dan diikuti dengan para sahabat Baginda yang telah banyak mengorbankan jiwa, harta dan sebagainya demi untuk menegakkan ajaran Islam. 

"Mama! Bila nak goreng nugget ni?" Tiba-tiba suara Lufi kedengaran  memanggil saya. Ishkk...saya sudah terlajak ini. Rupanya saya hanyalah seorang bibik yang sedang menyidai kain dan seorang ibu yang masih belum menyediakan sarapan untuk anak bongsunya.

"Ok! Mama datang..."

Sekian.

6 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam.. Nice entry. Good job!

Mrbudak said...

hehehe..Insyallah satu hari nnt boleh la YB Adun Kota Bahru ke:P

seri pagi said...

khayalan yang mungkin boleh jadi kenyataan.. adun Penambey ada tokoh dah tu..:) tapi siapa pulak nanti yang nak sidai kain dan goreng nugget ye...:)

ramizah said...

Adun Kijang la..tempat saya tu. hehe
walaupun jadi YB, saya akan tetap sidai kain dan goreng nugget untuk anak saya.. ;)

Karim Zaidan said...

takdop masa untuk tulis blog nati ustazah, toksohla jd YB. he he

ramizah said...

betul tu badiuzzaman..tak jadi eh! hehe