Seorang pelajar bertanya kepada saya, " Bila Ustazah bangun buat Qiyaam, Ustazah ada buat solat hajat tak?"
Saya tersenyum mendengar soalan jujur dan ikhlas dari pelajar tersebut. Mungkin soalan itu bermaksud, bahawa waktu kita menunaikan qiyaam itu adalah salah satu waktu mustajab doa kepada sesiapa yang ada hajat.
Sebenarnya, sejak usia menganjak ke angka lebih 40 ini, macam sudah menjadi satu routine kepada saya untuk terjaga pada jam 3.30-4.30 pagi. Mungkin ini satu peringatan yang ingin disampaikan oleh Allah agar saya kena banyakkan ibadat dan beruzlah dengan Allah. Walaubagaimanapun, saya tidak bangun untuk qiyaam tiap-tiap malam. Tengok pada keadaan atau apa program esok hari.
Berbalik pada soalan pelajar tadi, saya menjawab, kita kena banyak memberi bukan meminta. Kita hendaklah banyak menyerah diri pada Allah SWT. Tapi pada masa yang sama kita juga harus meminta dan memohon apa yang perlu kepada Yang Maha Esa. Jika saya melakukan solat hajat pun, bukan untuk saya sendiri tetapi untuk orang lain. Solat hajat untuk anak-anak jika mereka akan menduduki peperiksaan ( contohnya), kepada pelajar-pelajar saya, kepada adik-adik dan kakak, ma abah dan sesiapa yang meminta saya berbuat demikian. Jarang sangat saya menunaikan solat hajat untuk saya. Kadang-kadang waktu-waktu sebegini, saya akan ke balkoni sambil menikmati langit gelap dan berkabus sambil menanam di dalam hati bahawa itulah kebesaran ilahi.
Saya banyakkan "memberi" kepada Allah dengan mengamalkan perkara-perkara sunat, muakkadah atau ghayr muakkadah. Berzikrullah di mana saja hatta sedang membasuh pinggan mangkuk atau mengupas bawang, atau pun memberi salam bila masuk ke pejabat (walaupun tiada manusia di dalam). Sambil "memberi" tidak lupa untuk saya meminta apa yang terlintas di kepala termasuk mendoakan sesiapa yang ada di dalam hati saya. Menyebut nama sesiapa yang saya ingat agar diberi rahmat Allah Yang Maha Esa dan dipermudahkan urusan dunia. Saya yakin bila kita MEMBERI kita juga akan MENERIMA. Kita juga harus ingat yang kita hanya boleh memberi jika kita mempunyai rasa Cinta pada Pencipta. Antara sebab mengapa kita jarang memberi kerana kita gagal menyintai Dia. Tanamlah, semailah dan pupuklah rasa cinta kita pada Allah yang Maha Esa. Ketahuilah itulah puncak nikmat cinta yang hakiki. Sebenarnya itulah rahsia pahala dan rahmah Allah kepada kita. Lagi susah perbuatan itu, lagi banyak pahala dan ganjaran yang akan kita terima. Yang penting kita perlu yakin dengan janji Allah dan sesungguhnya Allah tidak akan sesekali melanggar janji-janjiNya
3 comments:
Salam..
Apa yg diberi itu yg kita dapat.. Benarkah??
love it!
Wani:Mungkin.. :)
Adek: love you...
Post a Comment