Orang kata bila kita baca Quran dengan bertajwid, memang wajah kita tak comel. Almaklum, kita perlu membentuk makhraj, seperti yang dianjurkan oleh shara' dan ulama terdahulu. Termasuk juga, huruf dan segala macam idgham dan mad yang perlu dipanjangkan dan disebut berserta dengan bunyi yang betul. Memang susah. Saya tidak nafikan tetapi, jika kita Cintakan al Quran, pasti kita tidak peduli semua itu. Sebenarnya, walaupun tidak comel dilihat tetapi comey didengar. Itulah objektifnya.
Saya di sini hendak bercerita mengenai beberapa keping gambar yang diambil oleh Wafi semasa membentangkan kertas kerja kelmarin di Dewan Bridex, Jerudong, Brunei Darussalam. Saya hanya meminta Wafi ambil gambar sekeping dua saja sebagai bukti yang saya naik ke pentas membentangkan kertas kerja dan saya memang ke sana atas urusan kerja! Rupanya, banyak pulak dia snap gambar menggunakan kamera yang baru dibeli itu. Bila diperhati di dalam gambar-gambar di bawah, sesungguhnya saya memang bersemangat langsung. Dalam bahasa Kelate disebut, "Ssungguh"! Dalam bahasa orang putih disebut "Passionate"!
Pelbagai gaya rupanya saya berada di pentas. Yang penting saya bukan wanita melayu terakhir di sana.Tak kira tudung gheyok atau pun tidak, tangan terangkat ke atas ke bawah, tepuk rostrum, mulut macam nak makan buah gomok dan memek wajah macam nak makan orang! Aduh! rasa malu pula bila diteliti gambar-gambar di bawah.
Apa pun yang gaya yang dipamirkan, mudah-mudahan misi dan objektif saya tercapai dan audience faham apa yang saya bentangkan.
Salam dari Kampung Berakas, Brunei Darussalam!
p.s. Entri ini ditulis gara-gara bangun awal pagi lagi.
2 comments:
Salam.. Setiap org pasti punya gaya tersendirikan? Tak po lah tudung gheyok pung.. Yg penting apa yg nak disampaikan tu tercapai..
congratulations kak ngoh!.nanti adk tunjuk ko Abah and Ma.:)).
Post a Comment