Sejak dua minggu lepas, saya menggunakan exit ketiga untuk keluar dari kampus UIAM. Exit ketiga ini akan keluar ke simpang untuk ke Kg Sungai Pusu di sebelah kiri dan ke Kuala Lumpur di sebelah kanan. Setiap kali membelok ke sebelah kanan, saya akan ternampak Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Pusu. Setiap kali saya melalui tanah perkuburan ini, saya akan cuba memperlahankan kenderaan dan mata melihat ke puncak bukit di mana batu-batu nesan jelas kelihatan. Sambil memberi salam kepada ahli-ahli kubur yang telah dulu meninggalkan kita, saya memuhasabah diri apa yang telah dibuat hari ini. Juga saya mengingatkan diri bahawa itulah tempat yang akan saya tinggal bila nyawa sudah diambil oleh Tuan Empunya diri ini. Sesungguhnya saya akan mengikuti kamu semua pada suatu hari nanti. Saya yakin, ahli-ahli kubur ini juga menanti kehadiran saya agar saya memberi doa kepada mereka. Walaupun saya tidak mendengar jawapan mereka, tetapi saya yakin yang mereka mendengar doa dan salam saya.
Setiap kali pulang dari pejabat, saya tidak sabar-sabar untuk melalui jalan ini....Sekaligus, mengingatkan saya bahawa inilah tempat yang akan saya kembali dan bertemu ilahi. Mudah-mudahan jika saya ditanam di sini, harap-harap ada lagi orang seperti saya yang tak sabar2 untuk melalui jalan ini sambil mengucap doa dan salam kepada saya yang telah pergi......
2 comments:
salam..
benar.. mati itu satu kepastian. namun.. sejauh manakah kesediaan kita menghadapinya?
p/s : -2-3 hari ni sentiasa rasa seolah2 hisup ni dah tak lama je.
maaf atas segalanya. halalkan segalanya.
betul kata wani tu, bersediahkah kita..
Post a Comment