Powered By Blogger

Sunday, September 23, 2012

Monolog Hati

Walau sesibuk mana pun kita, sediakan sedikit masa untuk diri sendiri dan orang-orang tersayang. Bertanyalah khabar jika kita tidak sempat untuk pergi menziarahi mereka. Hantarlah text message atau email sebagai jalan untuk mengukuh ukhuwwah Islamiyyah. Telefonlah orang tersayang dan beritahulah yang kita sayangkan mereka. 

Ketuklah pintu pejabat kawan-kawan dan beri salam serta bertanykan khabar mereka. Senyum dan bagilah salam jika terserempak dengan mereka.  

Jangan lupa meraikan juga tukang sapu sampah dan tukang cuci di kawasan pejabat. Tanpa mereka, kita tidak dapat bekerja dengan selesa. Bagilah salam dan sebutlah nama mereka.

Jangan lupa untuk menghantar berita dan  bertanya khabar pelajar-pelajar kita semester lepas. Cuba ingat apa masalah mereka. Cuba ingat apa yang membuat mereka gembira. Cuba ingatkan mereka juga  untuk datang berjumpa dengan kita jika ada apa-apa yang perlu untuk dikongsi bersama.

Akhir sekali, jangan lupa juga masa untuk kita. Masa untuk muhasabah diri, masa untuk diri sendiri dan masa untuk menilai diri. Apa yang kita buat untuk hari ini. Sentiasa istiqaamah dalam ibadat sunat dalam hidup kita. Bacalah Quran, Sayyidul Istighfar, sentiasa dalam wuduk, Dhuha jangan ditinggal, bersedeqah sentiasa, solat pada waktunya dan yang paling penting, niat dalam setiap amalan hidup kita hanya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.


Hidup dan matiku hanya untuk Allah sahaja.... 

4 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam.. Entry yang cukup terkesan di hati. Apa pun, semoga ukhuwah ini terus Utuh tuk selamanya. Miss and love u in Allah!

seri pagi said...

betul tu..setuju..bertanya khabarlah..walau sekadar message yang ringkas..

perenggan terakhir.. nasihat dan peringatan yang sangat bermakna...


My Life My Journey.. said...

TQ Kak for such a wonderful writing.. Syukur ada Akak yg sentiasa mengingatkan.. Fa

P/S- I m already bc 2 kuching a month ago, ll go uk again next 2 weekd 4 my viva. Akak doakan k..

ramizah said...

tksih pada Wani, Nurul dan Fa kerana memberi komen :)

Fa,keep in touch and let me know about your viva