Powered By Blogger

Friday, January 9, 2015

Akak Goreng Pisang

Minggu lepas saya berkunjung ke gerai goreng pisang yang dinamakan Goreng Pisang Akak di Taman Permata. Semasa saya sedang membuat pilihan pisang goreng mana hendak dibeli akak goreng pisang yang ramah ini bertanyakan beberapa soalan kepada saya.

Akak Goreng Pisang: Banjir tak kat rumah?

Saya: Banjir, Kak. Tapi tak pindah pun sebab banjir tak masuk dalam rumah.

Akak Goreng Pisang: Alhamdulillah... errr...Puan, kerja kat UIA kan?

Saya: Ya, kak.

Saya pula dah selesai berjual beli dengan pekerja dia dan mahu cepat-cepat ke kereta kerana ia diparkir secara illegal   di tepi jalan. Tiba-tiba akak goreng pisang ini berkata kepada saya;

" Akak rasa Puan ni adalah seorang guru yang baik di UIA. Mesti ramai pelajar suka pada Puan"

Saya terkaget dengan kenyataan dan komen akak ni. Sambil tersenyum malu, saya menjawab:

" Ohh.. Sebenarnya kak, tak ramai student mahu masuk ke kelas saya dan tak ramai yang sukakan saya".

" Eh.. ( mukanya agak terkejut). Kenapa macam tu ya?"

" Saya seorang yang tegas di kampus. Tegas dalam soal berpakaian, kedatangan ke kelas, kerja sekolah, disiplin dan akhlaq pelajar"

Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Bunyi angin kencang turut kedengaran. 

" Akak, saya pergi dulu ye!"

" Tunggu, puan...Sebenarnya guru yang tegas dengan pelajar akan menghasilkan pelajar yang baik dan pandai"

" Terimakasih Kak. Saya harap ramai pelajar yang berfikiran seperti akak"

Saya terus berlari menuju ke kereta sambil membawa  sebungkus pisang goreng yang rangup beserta dengan kuping yang saya minta lebih tadi. Sambil memegang stereng kereta, memulas kunci kereta ditempatnya dan memasang lagu Pelangi Petang saya memandu laju meninggalkan akak goreng pisang tadi.

Dalam hati, hendak menjadi orang berilmu bukan terletak pada sijil dan degree. Cara kita berfikir, amal soleh dan paling penting ketaqwaan kita kepada Allah adalah tanda kita adalah berbeza dari manusia2 lain.

4 comments:

seri pagi said...

akhirnya..ustazahcinta kembali berbicara berkongsi kisah dan cerita..setelah hibernate sekian lama..

"hendak menjadi orang berilmu bukan terletak pada sijil dan degree."- setuju..

akak goreng pisang juga mesti sentiasa ramah dan baik hati supaya ramai yang singgah dan membeli..

semoga akan ada perkongsian lagi selepas entri " akak goreng pisang ".

teruskan berkarya...:)

Unknown said...

terimkasih kerana sentiasa menyokong saya. semoga Allah memberkati hidup anda, aamin.

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam ...
Suka entry yg sgt menarik..
Entry2 yg dah lama dirindui..

KhALiLI_HaNNaN said...
This comment has been removed by the author.