Powered By Blogger

Thursday, May 24, 2012

Doa untuk kita...

Setiap kali awal semester bermula, saya tidak akan lupa memohon doa kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik agar dapat mengajar dengan sempurna tanpa meninggalkan kelas satu pun. Saya juga turut berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia agar dapat menyiapkan silibus untuk semester itu. Risau sangat, kalau Allah cabut nyawa semasa semester sedang berlangsung ditakuti menyusahkan pelajar-pelajar dan Jabatan untuk mencari ganti. Sebaik saja peperiksaan akhir semester berakhir, doa yang sama turut saya panjatkan sekali lagi agar dapat menyiapkan marking kertas jawapan pada waktunya kerana tak nak menyusahkan orang lain.

Walaupun saya tahu, itu semua kerja Allah yang Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, tetapi tidak salah untuk kita mendoakan sedemikian. Ketetapan Allah itu boleh berubah dengan doa yang dipinta dan usaha yang berlipat ganda.

Kelas sudah habis dan peperiksaan sudah bermula minggu ini.. Saya ingin berpesan agar pelajar-pelajar  menjaga hak Allah dan hak manusia sepanjang musim exam ini. (kalau boleh selama-lamanya) Banyakkan bersedekah dan membaca al Quran. Jangan lupa berbuat baik pada ibubapa ( jika masih ada) dan meminta mereka mendoakan yang terbaik untuk kita. Bila habis exam, jangan lupa juga untuk mendoakan agar diberi ketenangan di dalam hati guru-guru semasa memeriksa kertas jawapan kita. Jauhkanlah dari sifat serabut, marah dan tertekan semasa menunaikan tanggungjawab tersebut.

                            Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan! Bi al Tawfiq wa al Najah...




Tuesday, May 22, 2012

Gelang tangan merah jambu




Gelang tangan merah jambu
Menjadi pilihan kalbu
Bila berjalan ke lembah menderu

Gelang tangan merah jambu
sesuai dengan lenganku berwarna kelabu
Bila disorong, mahu kekal di situ

Gelang tangan merah jambu
Dipegang, ditilik, ditinggal di situ
ku rasa tidak mampu
Bila ku seluk saku
Yang tiada beribu

Ku harap gelang itu
menjadi hadiah dari mu
untuk Hari Jadiku....

;)


Thursday, May 17, 2012

Terimakasih semua!!



Di sini saya kepilkan 3 keping gambar iaitu 2 kad ucapan Hari Guru yang saya terima dari pelajar-pelajar saya. Kad yang bertajuk Thank you Ustazah itu datangnya dari pelajar2 tahun satu. Kad yg kedua yang berwarna merah jambu itu adalah dari pelajar2 tahun dua.Gambar yang ketiga ialah tandatangan pelajar2 dalam kelas tersebut. Sungguh terharu menerima kad sebesar ini. Mudah2an mereka akan sentiasa ingat dan mendoakan saya sehinggalah saya tiada lagi di dunia ini. inshaAllah...



Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru, hari terharu buat saya...

Seawal jam 6.30 petang semalam, saya sudah pun menerima ucapan Hari Guru dari pelajar-pelajar saya, jauh dan dekat, serta yang sudah grad dan yang masih lagi belajar dengan saya. Ucapan diterima melalui SMS, whatsapp, facebook dan panggilan telefon. Satu lagi saya nak tekankan di sini ialah tiada istilah bekas guru atau bekas pelajar. Selagi dia bernama guru, dia akan tetap guru kita sampai ajal tiba.

Sebaik saja selesai mengerjakan solat zohor tadi, saya termenung seketika sambil memandang beberapa jenis hadiah yang saya terima dari pelajar2 saya. Sungguh tidak disangka, ramainya "peminat". Rasa sungguh meriah sangat hari ini. Dari yang datang ziarah dan yang bagi hadiah. Jari saya pun lenguh membalas mesej ucapan dari pelajar2 saya. Rata-rata, "peminat2" saya meminta saya mendoakan kejayaan mereka dan mengucapkan terimakasih mereka kepada saya. Tiba-tiba saya terfikir, jika saya sudah tiada lagi di dunia ini, adakah mereka masih ingat lagi pada saya? adakah semeriah ini "ucapan takziah" yg akan saya terima? Sedang saya cuba menyeka airmata dari jatuh tiba2 saya menerima satu lagi mesej dari jauh di bumi Arab yg turut mengucapkan Hari Guru kepada saya. Terasa sungguh istimewa sekali :)

Jika saya sudah tiada lagi di dunia, jangan lupa doakan saya. Sedekahkanlah fatihah dan ayat2 suci al Quran jika anda semua tidak lupa. Maafkan segala salah silap semasa bicara. Saya juga manusia biasa dan bukannya wanita luarbiasa. Banyak benda saya lupa dan kadang2 terkata.

Semoga pada hari saya terlelap untuk ke sekian kalinya, mudah2an akan semeriah Hari Raya, penuh doa dan airmata. Merelakan saya pergi dengan penuh redha. Mudah2an bertemu lagi...tetapi di mana ya? Hanya Tuhan yg Maha Esa tahu jawapannya... Mudah2an dengan RahmatMu, kita akan berjumpa di syurga....amin


Tuesday, May 15, 2012

Hari hari, Hari Ibu :)

Semalam saya dikunjungi oleh seorang pelajar yang bernama Hameedullah. Dia bertanyakan saya mengenai apakah hukum menyambut Hari Ibu. Saya bukannya seorang muftiyyah yang layak untuk mengeluarkan hukum. Hanya sekadar memberi pandangan sahaja. Jika selepas ini ada fatwa yg menetapkan bahawa menyambut Hari Ibu ini adalah tidak harus, haram atau makruh maka saya akan ikut apa keputusan majlis fatwa. 

Pada pandangan saya, menyambut Hari Ibu itu mungkin tidak harus. Tetapi untuk mengucapkan ucapan "Selamat Hari Ibu/Bapa" adalah tidak menjadi masalah. Setahu saya, sambutan Hari Ibu ini adalah berasal dari budaya barat dan bukan dari agama Kristian. Seperti budaya mereka untuk mengucapkan Thank you, Please dan Sorry. Budaya seperti ini tidak bersalahan dengan hukum dan konsep maqasid shariah. Walaubagaimanapun, menurut Hameedullah, sambutan Hari Ibu adalah berasal dari orang kristian di Greece. Kalau betul, dari sana maka saya pun akan turut menukar pandangan saya tadi. 

Seperti yang saya katakan tadi, perlu ada perbezaan antara menyambut dan mengucap Hari Ibu. Ucapan hari ibu kepada ibu-ibu dan bakal2 ibu adalah salah satu bentuk penghormatan yg diberikan kepada manusia istimewa ini. Saya rasa tidak salah untuk meyebarkan mesej ini kepada semua. Malah di dalam konteks akhlaq Islamiyyah ialah digalakkan untuk saling memuji dan bukannya mengeji. 

Sempena Hari Ibu minggu lepas, anak bongsu saya, Ahmed Lutfi ada membuat satu kad kepada saya. Di dalam kad tersebut, tertulis kata-kata seperti di bawah. Bagi saya adalah digalakkan untuk memberi kata-kata istimewa untuk ibu. Sekurang2nya ibu tahu apa rahsia hati anda pada dia.... Hari-hari adalah Hari Ibu!   Selepas membaca ucapan dari Lutfi, hati saya cukup tersentuh kerana walaupun saya selalu berleter dan marah pada dia, rupanya dia masih bersangka baik dengan saya...



^
^
^
^
^
^
^

Monday, May 14, 2012

warna pink@bungo ppulut...


Bila ada orang bertanyakan apakah warna kegemaran saya, agak sukar untuk diberi jawapan sebenarnya. ini disebabkan saya suka semua warna hatta hitam sekalipun jika kena gaya, keadaan ataupun jika digabung dengan warna-warna lain. Semasa muda remaja dulu, suka sangat warna-warna gelap atau kelabu atau pun warna-warna orang tua, senang cakap. Rasa tak selesa bila pakai warna-warna terang kerana terasa seperrti outstanding dan outshining!
Bila saya sudah bersuami, rupanya suami tak suka warna2 sedemikian. Katanya seolah-olah saya mendoakan dia cepat2 mati bila pakai warna-warna gelap. Adoi! Ke situ pulak fikirannya. Apa2 pun, saya mula menukar selera kepada warna2 cerah agar suami lebih ceria dengan warna baju yang saya pakai.

Saya suka juga warna pink. atau pun warna merah jambu. di Kelantan warna pink dipanggil bunga pulut.hehe. biasalah orang Kelantan, nama2 yg dipanggil lain dari yg lain. Ada juga baju warna pink yg digabung dengan warna2 lain. Tetapi saya tak pernah lagi pakai stokin warna pink sehinggalah minggu lepas. Inilah warna stokin yang saya baru beli dan dipakai semasa balik ke kampung minggu lepas. Eh, cantik jugakkan? Matching dengan kasut dan warna baju yg dipakai... :)


Friday, May 11, 2012

Saya v Pelajar

Saya cukup marah bila student tidak hadir ke kelas dan dia buat tak tahu atau buat muka bodoh bila jumpa saya di dalam kelas atau di luar kelas.

Bila saya marah, pasti mereka menangis tidak berlagu. Saya sanggup mellihat mereka dalam keadaan begitu asalkan mereka sedar apa kesalahan yang telah dibuat.

Yang saya tidak sanggup lihat ialah bila mereka menangis depan saya lepas dapat result exam yang sangat teruk ataupun kena buang universiti. Masa ini, nasi sudah menjadi bubur.

Ramai pelajar yang mempunyai sikap, sudah terhantuk baru terngadah.

3 hari lepas, kerja saya ialah memarahi dan menegur pelajar2 sebegini...

Kepada pelajar-pelajar terbabit, "Tidak sesekali saya akan memberi apa yang anda MAHU. Saya hanya memberi apa yang PERLU untuk anda pada hari ini atau kemudian hari".