Powered By Blogger

Tuesday, November 25, 2008

Rindu kat student..

Hmm.. dah masuk seminggu cuti semester bermula. Dah mula terasa bahang rindu..rindu serindu2nya..mana studet semua ni! Waa! Masuk je dalam kampus, kereta pun kurang, deruman motor tak kedengaran, student jalan pun kurang..Yg nampak muka lecturer tengah tension marking kertas periksa. Malam ni, jam 11.59 malam adalah saat terakhir untuk semua lecture key in ( masukkan grade secara online) result. Kalau lewat, alamaknya dapat surat cinta la dari Ketua Jabatan. Result exam untuk sabjek ILS dan Usul Fiqh telah di key in pada 21 nov lagi..Alhamdulillah selesai semuanya.. selesai untuk saya tapi mungkin tak selesai untuk setengah student..

Apa2 pun, ini adalah adat resam kehidupan. ada yg lulus dan ada yg tak lulus. yang menjadi ukuran di sini ialah sikap kita..atitude. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan Yakin pada setiap kejadian yg berlaku, ada lah hikmatnya. Satu lagi, bersangka baik pada pensyarah2.. ada sebab kenapa mereka yg dapat A, B, C, F dan sebagainya.. Saya selalu ingatkan diri saya untk berlaku adil pada setiap pelajar..Kalau saya tergelincir, saya pasti saya akan dapat balasannya.. Mungkin di dunia lagi ( nauzubillah dan astaghfirullah)..



Dalam surah al Nisa' ayat 135, Allah ada berfirman " hai Orang2 yg beriman! Hendaklah tegakkan keadilan serta menjadi saksi bagi Allah meskipun atas dirimu sendiri atau kaum kerabat mu..dan walaupun keputusan itu tidak meyebelahi orang kaya atau miskin. Sesungguhnya Allah itu lebih megetahui antara keduanya.."

Wallahua'lam

1 comment:

Wan Kamilah said...

Begitu lah kita ni insan yg bernama pendidik...bila cuti lama sikit mula la rindu kat student, kat sekolah/universiti dll...tu yg cuti pun gi sekolah......