Powered By Blogger

Wednesday, September 2, 2009

Tips untuk cemerlang dalam pelajaran

Topik ini dipilih sempena minggu ujian pertengahan semester yg sedang rancak berlangsung di AIKOL sekarang ini.

Pertama: Jaga hak Allah. Pastikan kita menunaikan kewajipanNya pada waktunya seperti Solat. Jgn cuba nak melengah2kan solat tanpa sebab yg tertentu apatah lagi nak meninggalkan solat.

Kedua: Jaga hak manusia iaitu guru kita. Pastikan kita selalu menghadiri kuliah seperti yg telah ditetapkan oleh pihak universiti. Jgn sekali2 cuba nak tuang kelas tanpa ada sebab yg menasabah seperti sakit dan kecemasan. Jika kita terpaksa dtg kelas lewat atau tak dapt nk dtg kelas, sila maklumkan pada guru/lecturer tentang masalah kita. Jgn buat muka selambarland bila tak dtg kelas. Sikap sebegini adalah tidak menghormati guru yg mengajar sabjek yg kita tinggalkan itu. Ada juga yg sanggup tak dtg kelas yg sebelah pagi disebabkan ada test di sebelah petang, ini menyebaabkan lecturer dlam kelas terpinga2 kenapa jumlah kelas sedikit berbanding biasa. Adakah dgn tidak menghadirkan diri pada kelas yg awal, kita akan dapt menjawab soalan dgn lebih cemerlang? I doubt they can do that.

Ketiga: Jaga hak manusia iaitu sahabat2 di dalam kelas. Sahabat kita adalah org yg paling dekat dgn kita semasa kita berada di dalam kelas menuntut ilmu. Bila kita dtg lambat ke kelas, bukan shj kita tidak menghormati guru tetapi teman2 yg sudah ada di dalam kelas. Kita sebenarnya menganggu kekhusyukan mereka mendengar kuliah. Tambah2 lagi kalau yg dtg dgn kasut tumit tinggi dan make up yg tebal atau keadaan rambut yg terurus. Satu lagi, ada juga teman yg menolong fotokopi nota2 yg diberikan oleh guru, sila bayar walaupun 10 sen dan jgn lupa mengucapkan terimaksih dan mendoakan dia.

Keempat: jadikan masalah sebagai cabaran. Masalah yg berlaku semasa belajar kita jgn jadikan masalah tetapi cabaran, peringatan dan pengalaman untuk kita manjadi lebih matang dan bertanggungjawab. Masalah seperti Motor buruk, helmet buruk, terpaksa berjalan kaki di bawah terik matahari ataupun basah kuyup kena hujan dan sebagainya. Jadikan perkara2 tersebut sbg pencetus semangat untuk lebih kuat belajar. Kalau dimarahi guru sebab dtg lambat, kita beringat bahwa sikap sedmikian adalah tidak baik untuk diri sendiri..

Akhir sekali, jgn lupa memohon doa pada Allah agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hari2 mendatang dan memudahkan urusan dunia kita

Dan jgn lupa maafkan diri sendiri dan org lain kerana tiada yg sempurna dalam dunia ini..

5 comments:

Capik said...

Btul2...even myself quite gak ponteng2 niee...not good...nk exam mula gelabah...seriously...i learn my lesson very well

FA said...

btul..selalu ingat bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..=)

ramizah said...

dik and shafiq: thank you for your comments.

Danial Izzat Zulbahari said...

thank u ustazah for the guidance.. =)

Janna Wan Muhammad said...

tips ni bukan sekadar utk berjaa dalam pelajaran..but juga in whatever good things we do in our life...nak berjaya dalam kerjaya...dalam bisnes...dalam hidup,tima kasih Kak ngoh for the tips....manusia ni mudah lupa..jadi keno peringat sokmo.....