Powered By Blogger

Monday, September 14, 2009

Hari yg sunyi..

Kat AIKOL hari ni, teramatlah sunyi. Tak Nampak student seekoq pun. Tapi saya pula menyibukkan diri ( untuk meghilangkan kesunyian) dgn pergi ke Perpustakaan, cari bahan utk kertas kerja mengenai Muslims in Thailand. Hampir satu jam jugak lah kat sana. Dah dekat 2 bulan tak menziarahi perpustakaan. Kat perpustakaan pun tk ramai org, staff je yg ramai. Staff pun bila tak ramai, ramah lah jadinya..Kalau sibukmm senyum pun tak sempat.
Lama dah rasanya tak pergi ke perpusatakaan. Sya selalu pastikan bahawa setiap minggu mesti ke sana. Kalau bukan nak mentelaah mana buku2 atau jurnal yg di baca, saya ke sana untuk melihat buku2 yg baru sampai dan di letakkan dibhg display. Tetapi, dek kerana kesibukan kelas dan diri di kacau oleh “peminat2 setia” ( untuk sem ni je) maka keinginan saya terbantut. Perpustakaan di UIAM ni, saya kira antara satu institusi yg lengkap dgn bahan rujukan dan kemudahan yg ada seperti lab, multimedia unit dan discussion rooms.
Student2 baru IIUM, mesti kenal masjid dan perpustakaan. Tapi bila dah lama, dua tempat tu semakin jauh..yg lebih terkenal ialah Nescafe Kiosk, tempat untuk mereka melepak dan sambil2 tu boleh juga bertentang mata ( duduk mengadap la) dan merokok..

Sekian untuk kali ini..nak pergi ambil 3 orang anak teruna dari sekolah dan tak pergi lagi balik ke office sebab tak ada kelas. Hmmm..apa lagi, boleh lah berdengkor sekejap..

Jumpa lagi..

1 comment:

mamodd363 said...

xpe ustzh.. xlme dh.. smpi mggu dpan je..nnt ramai le blk..huhu