Thursday, September 17, 2009

Salam Aidil Fitri

Rasanya suasana aidil fitri semakin rancak berjalan di kalangan umat Islam hari ni. Lagi 2 hari kita akan beraya. Ramai dah balik kampong. Suasana di AIKOL pun semakin sayup sayup kedengaran..suara2 manusia sudah semakin hilang. Yg kedngaran sekarang ialah, lagu2 raya di corong2 radio..lagi fazidah Joned, Ahmad jais, P. Ramlee dan lagu berhantu saya dan Mere Zindagi…"Satu hari Di hari raya”,nyanyian M.Nasir.
Saya dan keluarga akan balik ke kampong Penambang yg tecinta pada esok pagi, jam 11 pagi. Kali ni kita semua naik pesawat ( kata pembantu rumah saya). Bila nak balik dgn kereta pada musim perayaan ni, belum balik lagi dah rasa penat..Penat dok tekan brek kereta..maklum lah trafik jam! Jadi, saya mengambil keputusan untuk naik flight. Mere Zindagi ikut je..Alhamdulillah.
Anak2 lah yg paling gembira terutama Si kecik ( tapi orgnya besar) tu. Dah cakap awal2 yg nak duduk di Kelantan 20 hari..Banyak cantik! Snggup tak nak pergi sekolah, janji boleh duduk Kelantan lama.
Hari ni hari terakhir di pejabat. Kertas kerja masih belum siap. Tapi sekurang2nya dah tulis 9 mukasurat. InsyAllah, boleh sambung semula bila dah habis cuti.
Untuk semua yg membaca blog saya, di ucapkan selamat hari lebaran. Terimakasih byk kepada sesiapa yg hantar kad raya. Ada yg sempat balas dan ada yg tidak. Apa2 pun ingatan dari semua amat saya hargai.

Semoga berjumpa lagi..

6 comments:

Adrina Adi said...

selamat hari raya kak ngoh.

jumpa di penambe.

Danial Izzat said...

salam aidilfitri~

ramizah said...

thank you kak..jumpa di Penambe
Danial: mana kad raya ni?

firdaus said...

aritu kene sound kad raye lambat sampai... ingatkan kita balik kampung adelah kad raye untuk kite tapi takde pun huhu sedeynye...

dah lah kite nie duduk jauh.. makin dilupa-lupakan pulak huhu lagi sedey...

ramizah said...

aduss..terkena atas btg hidung pulak..macam mana nk jwb ekkk? hmm..bila birthday awak ek?

firdaus said...

huwaaa tak ingat jugak sedey lagi... daku diputrakan pada 8 Mac 1985...