Bila bulan puasa serta ada hujan sya pasti teringat pada zaman dahulu kala semasa masih bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan.Setiap hari ke sekolah sya mengayuh basikal tua besar berwarna hitam dari rumah ke sekolah yg jaraknya tidak sampai 4 kilometre. Biasanya pada bulan ramadhan lah basikal itu (dgn izin Allah) selalu buat hal. Tayar pancit la, rantai putus la, brek tak makan serta pelbagai masalah lain lagi. Selain dari itu, pada bulan ramadhan juga saya selalu ditimpa hujan. Bila sampai di sekolah, baju basah berjeruk..atau sampai di rumah tak perlu mandi.
Adakalanya musim panas terik yg bgitu mencabar iman di bulan puasa. Naik basikal, panas terik, tayar pancit dan terpkasa mengheret basikal ke rumah atau ke sekolah. Tapi yg peliknya saya tak pernah menangis dek kesusahan tersebut. tidak menangis di luar..tp di dalam hati saya menangis samabil berazam yg sya akan belajar bersungguh dan mendapt keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan.
Di sini sya nk berkongsi gambar2 saya semasa di MMP dan UIAM dari tahun 1984-1989. Gmbar2 lama yg menjadi kenangan mengusik jiwa semasa remaja suatu ketika dahulu..
check these out!
gambar pertama semasa sya berumur 15 tahun, kedua 16 tahun, ke tiga 17 tahun, 18 dan 20 tahun..
Muka memang hitam legam dek kena panas naik basikal..
Thursday, August 26, 2010
Monday, August 23, 2010
Kamu hebat?
Org yg hebat ni macam mana? Adakah kerana mereka bijak maka mereka dikatakan hebat? Atau kerana mereka sering ke masjid dan solat berjemaah maka mereka boleh dikategorikan sbg hebat? Atau mereka yg tidak pernah lupa utk solat dhuha atau solat2 sunat lain, maka mereka boleh dipanggil sbg org yg HEBAT?
Ciri2 org2 yg hebat adalah mereka yg menjaga hak Allah, hak org lain dan juga hak diri mereka sendiri. Bukan setakat ke masjid dan menunaikan solat berjemaah boleh kita pnggil dia seorg yg hebat jika bila sampai di rumah menyumpah seranah anak bini dan tidak bertanggungjawab kepada keluarga.
Mereka juga berjaya mempamirkan peribadi dan persenoliti seorg Muslim sejati seperti menjaga masa, menepati janji serta mempunyai keyakinan yg tinggi pada tahap kemampuan masing2. Mereka ini juga manusia yg hebat jika dapat melawan nafsu ammarah tetap bersikap tenang di dalam saat genting.
Jgn cepat melabel seseorg itu hebat hanya dgn melihat dari satu sudut. Luaskan pandangan dan lihatlah tingkah laku seseorg dgn mata serta hati kita.Jgn terpengaruh dgn apa yg terbukti di depan mata. Cuba berkawan, bergaul dan memerhati dari jauh siapakah si dia itu sebelum menggelarnya sbg manusia hebat.Bagi lah masa utk diri kita kerana masa penentu samada si dia itu memenuhi kriteria SIRIM yg dijanjikan oleh Allah...
p.s. teringat pada lagu Jamal Abdillah bertajuk Kehebatan Cinta ku...

Friday, August 20, 2010
Saya jatuh cinta...
" Saya jatuh cinta, ustazah.." Hah? Tekejut juga sya mendengar pengakuan berani seorag student kepada saya semalam. Saya terkejut sebab pelajar ini manjadi "pujaan" ramai pelajar2 lelaki di dalam dan di luar UIAM. Al maklum dia memiliki ciri2 wanita sejati.
"Ustazah, saya jatuh cinta dalam masa 4 hari.." Sya semakin terkejut mendengar statement dari beliau. Macam mana tu? Selepas mendengar cerita dari dia saya mula membuat rumusan bahawa hati bukan milik kita,tetapi milik Allah semata2.
Pelajar ni yg dulunya sudah berapa kali menolak pinangan orang dan mati2 mengatakan cinta bukan utk dia..Pelajar ni juga pernah di cop sebagai anti lelaki, akhirnya akur pada gerak hati dan naluri wanita yg dia tidak akan mampu untuk hidup tanpa cinta..
Semoga dia bijak memintal cinta yg yg baru temui..jgn terlalu longgar kelak ia akan terlepas pergi..jgn terlalu ketat kelak nanti, jatuh tersungkur, terjeruk lidah sendiri..Pintal lah ia dgn ayat2 cinta yg bertasbih kepada Allah yg Maha esa..
p.s. when there is love, there is life..

Tuesday, August 17, 2010
Saya nak kahwin dengan..
Seorang student lelaki ada memberitahu saya,dia nak kahwin dgn "perempuan yg muda dari dia..yg bertudung labuh dan tidak mahu yg berasal dari Kelantan"
Saya tak ambil pot pun pasal dari kelantan tu sebab bagi saya manusia itu sama saja.Status negeri bukan menjadi penentu kebahagiaan seseorang.
Sebenarnya agak kurang tepat utk kita memberi kriteria sebegini. Yg penting si dia itu adalah org yg bertuah kerana membuat kita jatuh cinta. Memakai tudung labuh bukan faktor wanita itu adalah wanita yg terbaik. Sya selalu menekankan berpakaian menutup aurat dan bukannya bertudung labuah. Satu lagi sifat yg jarang dah dimiliki wanita ialah sifat malu. Kdg2 ramai yg menutup auarat tetapi tidak ada sifat malu. Bercakap dgn nada yg kuat, suka bergurau senda dgn budak2 lelaki dan ramah dgn mana2 lelaki yg ditemui.
Sya lebih suka mengambil sikap memerhati dari masa ke semasa. Supaya kita boleh mengemaskini kelakuan si dia. Pakaian hnaya luaran sahaja. Kita boleh menilai tahap pemikiran seseorag itu dgn melihat buah fikirannya semasa bercakap di dalam kelas atau di luar kelas. Menutup aurat sahaja tidak mencukupi jika tahap pemikiran masih kebudak2an dan tidak mampu utk membuat keputusan sendiri.
"Cinta jgn di cari..biar ia datang sendiri..kelak nanti pedih tak terperi..melihat cinta yg dicari.. bukan yg dimimpi..melihat si dia yg berlagak ngeri dan aku ditinggal sepi dan sendiri.."
p.s. aku jauh ditinggal sepi..

Friday, August 13, 2010
Yg salah perlu ditegur..
Kali ini sya nak membebel sikit pasal student yg tidak sifat2 ihsan dalam diri dia. Contoh yg paling terbaik sekali ialah apa yg berlaku pada hari ini. Sya meminta semua student utk menyediakan jawapan pada satu soalan yg mana jawapannya telah dibincangkan di dalam kelas tutorial yg lepas. Jawapan itu MESTI dihantar pada pagi ini jam 8 pagi. Bila saya smpai di office pada jam 9.20 pagi sudah ada beberapa kertas A4 paper di dalam raga di luar office saya. Sebelum jam 11, sya keluar utk melihat notice board dan saya tengok ada berberapa assignemt diletak di dalam raga sedangkan saya ada di dalam office.Saya tidak keluar office sejak dari jam itu hingga 11.50. Bila saya keluar saya tengok ada satu lagi assignment diletak di dalam raga. Sya tak ambil kertas itu. Tepat jam 12 saya dtg balik ke office sebab ada appoinmetn dgn student pada waktu itu, saya tengok assignment tadi masih di situ. Selepas menemuramah student jam 12, tiba2 saya tengok ada lagi tambahan beberapa helai lagi assignment yg diletak diluar sana.
Mereka yg menghantar assignment tanpa berjumpa saya sedangkan saya ada di office pada waktu itu adalah menunjukkan satu sikap yg tiada hormat pada guru. Tiada sedikit ihsan utk berjumpa dgn saya memberitahu apa sebab kelewatan menghantar assignment tersebut. Ianya ditinggal, mengikut fahaman mereka, nanti ustazah ambil sendiri assignment tersebut. Sebenarnya hingga jam 1.30 petang saya ada menerima assignment student saya sebab mereka dtg berjumpa saya smbil memohon maaf dan menjelaskan sebab kelewatan. Sya terima alasan mereka.
Sya cuma nak persoalkan apa salahnya memberitahu saya apa yg sudah berlaku yg menyebabkan gagal utk dihantar pada waktu. Apa salahnya kalau sudah tahu kita salah, dtg memohon maaf atas kesulitan yg berlaku. Bagi saya tidak ada lebihnya saya utk tidak menerima kemaafan awak dan tidak kurangnya awak utk memohon kemaafan atas kelewatan.
Ini yg dinamakan sikap yg tidak berihsan pada guru. Tidak berhemah pada guru.
Ramai org bercakap bahwa kita kena hormat pada guru tetapi bila kita berada pada situasi sebenar, ramai yg lupa pada sikap hormat itu.
p.s sabar tetapi setiap kesalahan mesti ditegur..

Wednesday, August 11, 2010
Ramadahan karim, Allahu Akram
Ramadhan akan menjelang tiba esok hari. Mudah2an Allah panjangkan umur sya agar dpat berjumpa ramadhan lagi pada thun ini.
Ramai diantara kita saling mengucapkan Selamat menymabut ramadhan sesama kita. Saya pula, bila bulan yg mulia ini menjelang saya lebih bnyak mengingati org2 tidak dapat bersama kita megimarahkan bulan ini.
Contohnya, pagi tadi sya menerima sms memaklumkan kpda saya yg ibu seorg student saya meninggal dunia jam 1 pagi hari ini, 10/8.
Pada 1 ogos lepas, seorg student saya, Noraini Othman, bapa beliau,meninggal dunia. Sekarang dia telah menjadi anak yatim. Saya turut mengalir airmata mendengar crita beliau bila mendapt berita yg ayahanda tercinta terlibat dalam kemalangan dan meninggal selepas itu.
Pada bulan ramadhan juga sya kehilangan datuk sebelah bapa, wan jaafar. Walaupun peristiwa itu hampit 30 tahun berlalu tetapi saya masih ingat bila ibu memberitahu berita sedih itu.
Bulan ramadhan juga arwah Nurin Jazmin telah dilarikan oleh manusia berhati setan dan ditemui mati selepas lebih 25 hari hilang. Saya masih ingat..dan setiap kali sya ingat, sya menangis. Seolah2 Nurin mahu berkomunikasi dgn saya.
Bulan ini juga saya kehilangan seorg studetn saya, Zumratullah Zakaria kira2 5 hari sebelum hari raya..
Ramadhan, bulan maghfirah wa rahmah, hanya utk org2 yg terpilih utk menghayati dan menikmati saat2 di bulan ini.
Akhir kata, Ramadhan bulan yg mulia tetapi Allah adalah lebih mulia dari Ramadhan.. Ramadhan Karim, Allahu Akram..

Saturday, August 7, 2010
Wajib menghadiri kelas..
Saya selalu berpesan kepada student, jangan sekali2 tuang lecture atau tutorial. Kedua2 nya adalah sesi penting utk kita memahami sabjek yg dipelajari dan seterusnyan berjaya dalam pelajaran. Tetapi masih ramai yg enggan mengikuti nasihat saya. ( sya pun maklum tugas guru hanya menyampai sahaja)
Dua minggu lepas ada ramai juga student yg tidak menghadiri kelas tutorial dgn pelbagai alasan. Walaupun alasan mereka mungkin munasabah (mengikut pendapat mereka) tetapi ianya tetap dikira sebagai satu kerugian kerana gagal menghadapi sesi perbincangan yg amat penting.
Ada juga student bila ditanya, memberitahu mereka tiada alasan langsung dan pada masa yg sama tiada rasa bersalah pada airmuka mereka. Dengan kata lain, mereka saja2 tak nak dtg ke kelas. Bagi saya student seperti ini adalah student yg tiada tawaduk dgn guru mereka. Mereka dgn bahasa kasarnya adalah mereka yg tidak beradab ( atau biadab)
Sebenarnya mereka yg gagal menghadiri kuliah tanpa alasan yg munasabah adalah mereka yg telah melakukan maksiyat dan kezaliman pada diri sendiri dan sekaligus “derhaka” kepada guru mereka.
Doa dari guru amat diperlukan agar ilmu yg dipelajari mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka.
Mudah2an kita menjadi manusia yg tawaduk pada ilmu dan hormat pada guru.
p.s. biar aku sendiri..

Thursday, August 5, 2010
aku mengadu pada Mu..
Kadang2 hati kecil saya cukup tersentuh bila mendapat tahu sesetengah student memandang remeh pada sabjek saya..senang dibilangnya..ada juga memandang enteng sambil berkata" ICL tak boleh dilaksanakan di MYS, tak payah lah susah2 belajar..
Sesungguhnya Syariah Mu menjadi petunjukku, jalan hidup ku.. Hanya Engkau yg Maha mengetahui apa naluri kemanusiaan ku..Hanya undang2 Mu yg menjadi penyelesaian hidup manusia..
Ku mohon pada Mu, ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk meghadapi cabaran hidup..Sesungguhnya aku ini, lemah..maka bagi lah aku kekuatan..Aku ini, keji..maka muliakan lah aku..Kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku bertwakkal..
Amin Ya Rabbal aa lamin..

Wednesday, August 4, 2010
Susahnya hidup?
Saya ingin mengingatkan kepada student2 agar selalu menjadikan kesusahan yg kita harungi semasa belajar sebagai satu motivasi utk kita mengorak langkah ke depan.
Kesusahan ini pelabagai. Kesusahaan dari segi kewangan; makan pun susah dan hendak membeli buku atau keperluan utk belajar pun susah. Kesusahan sebegini, jgn disimpan sendiri. Nanti akan memakan diri sendiri. Cuba berkongsi masalah ini dgn guru kita terutama sekali. Pasti ada yg bermurah hati utk membantu dan juga menyalurkan maklumat ini pada org2 atasan. Sya pernah berdepan dgn student yg kelaparan dan justeru itu, dia gagal utk ke kelas di sebabkan tak larat utk bgn berjalan. Dia hnya menunggu teman sebilik pulang membawa nasi utk dimakan bersama. Mengalir airmata saya melihat stdent ini. Teman2 lain yg bernasib baik pula, diingatkan utk membantu teman2 yg tak bernasib baik ini. Byk pahalanya dan boleh dijadikan tiket dan saham utk memudahkan kita menuntut ilmu.
Susah di alam pembelajaran; susah nya sabjek ni. Byknya kes kena baca, byknya artikel kena dirujuk. Macam2 seksyen dan peruntukan undang2 yg perlu diingat dan difaham. Byknya ayat quran utk di hafal dan difaham. Ilmu kalau dapat dgn senang kita tidak akan menghargainya. Kita hanya pakai buang aje. Benda yg comel, berharga, memang susah utk didapat. Kita kena berusaha lebih utk berjaya. Ilmu yg sebaik2nya ialah ilmu yg diamal secara istiqamah walaupun sedikit.
Akhir kalam, kesusahan ada di mana2..yg paling penting bagaimana kita melihat kesusahan itu..positif atau negatif. Semuanya bergantung pada minda kita. Peringatan utk saya juga, bila sesetengah bersungut.." susahnya hidup ni.." sya ingin bertanya, "susahnhya dhidup ini dibandingkan dgn apa..?" Hidup di akhirat? Tepuk dada tnya Iman..
p.s malu biar bertempat..

Tuesday, August 3, 2010
Di hujung minggu, kita di mana?
Mata sebenarnya sudah berat ni, tapi disebabkan ada idea utk dicurahkan maka terpaksa juga sya gagahi utk mencoret sedikit peringatan kepada student yg sya kasihi.
Saya amat perasan yg student2 suka sangat pulang ke kampung halaman masing2 bila cuti hujung minggu. Ada setengah tu, tiap2 minggu balik kampung. Walhal semester baru saja bermula, belum sampai sebulan lagi.
Sya ingin menegur, bahwa amalan sebegini adalah kurang sihat. Gunakan cuti hujung minggu utk mengulangi pelajaran, pergi ke perpustakaan dan juga membuat group discussion. Ataupun gunakan masa hujung minggu utk membaca kes2 yg bertimbun2 dan membaca tafsir ayat2 Quran ( utk sabjek shariah).
Sebenarnya masa perjalanan utk balik kampung terbuang begitu saja bila kita kerap balik kg. Badan pun letih dek jauh perjalanan. Duit pun habis membeli tiket dan sebagainya. Ramai yg tidak sedar sebenarnya perjalanan balik ke kampun sebenarnya byk mengundang perkara2 yg tidak dinigini.
Sya harap pada bulan ramadhan yg akan menjelang tidak lama lagi , kita gunakan masa sebaik mungkin utk beribadat kepadaNya. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah ibadah..masa untuk balik kampung hanya akan bermula pada 5hb september.
Jadikan masa berhujung minggu adalah masa utk kita berdikari untuk mengurus masa sendiri agar pelajaran sering diikuti dengan cara tersendiri...
p.s. sibuk sekali di ICT..

Subscribe to:
Posts (Atom)