Ramadhan akan menjelang tiba esok hari. Mudah2an Allah panjangkan umur sya agar dpat berjumpa ramadhan lagi pada thun ini.
Ramai diantara kita saling mengucapkan Selamat menymabut ramadhan sesama kita. Saya pula, bila bulan yg mulia ini menjelang saya lebih bnyak mengingati org2 tidak dapat bersama kita megimarahkan bulan ini.
Contohnya, pagi tadi sya menerima sms memaklumkan kpda saya yg ibu seorg student saya meninggal dunia jam 1 pagi hari ini, 10/8.
Pada 1 ogos lepas, seorg student saya, Noraini Othman, bapa beliau,meninggal dunia. Sekarang dia telah menjadi anak yatim. Saya turut mengalir airmata mendengar crita beliau bila mendapt berita yg ayahanda tercinta terlibat dalam kemalangan dan meninggal selepas itu.
Pada bulan ramadhan juga sya kehilangan datuk sebelah bapa, wan jaafar. Walaupun peristiwa itu hampit 30 tahun berlalu tetapi saya masih ingat bila ibu memberitahu berita sedih itu.
Bulan ramadhan juga arwah Nurin Jazmin telah dilarikan oleh manusia berhati setan dan ditemui mati selepas lebih 25 hari hilang. Saya masih ingat..dan setiap kali sya ingat, sya menangis. Seolah2 Nurin mahu berkomunikasi dgn saya.
Bulan ini juga saya kehilangan seorg studetn saya, Zumratullah Zakaria kira2 5 hari sebelum hari raya..
Ramadhan, bulan maghfirah wa rahmah, hanya utk org2 yg terpilih utk menghayati dan menikmati saat2 di bulan ini.
Akhir kata, Ramadhan bulan yg mulia tetapi Allah adalah lebih mulia dari Ramadhan.. Ramadhan Karim, Allahu Akram..
No comments:
Post a Comment