Saturday, August 7, 2010

Wajib menghadiri kelas..

Saya selalu berpesan kepada student, jangan sekali2 tuang lecture atau tutorial. Kedua2 nya adalah sesi penting utk kita memahami sabjek yg dipelajari dan seterusnyan berjaya dalam pelajaran. Tetapi masih ramai yg enggan mengikuti nasihat saya. ( sya pun maklum tugas guru hanya menyampai sahaja)

Dua minggu lepas ada ramai juga student yg tidak menghadiri kelas tutorial dgn pelbagai alasan. Walaupun alasan mereka mungkin munasabah (mengikut pendapat mereka) tetapi ianya tetap dikira sebagai satu kerugian kerana gagal menghadapi sesi perbincangan yg amat penting.

Ada juga student bila ditanya, memberitahu mereka tiada alasan langsung dan pada masa yg sama tiada rasa bersalah pada airmuka mereka. Dengan kata lain, mereka saja2 tak nak dtg ke kelas. Bagi saya student seperti ini adalah student yg tiada tawaduk dgn guru mereka. Mereka dgn bahasa kasarnya adalah mereka yg tidak beradab ( atau biadab)

Sebenarnya mereka yg gagal menghadiri kuliah tanpa alasan yg munasabah adalah mereka yg telah melakukan maksiyat dan kezaliman pada diri sendiri dan sekaligus “derhaka” kepada guru mereka.

Doa dari guru amat diperlukan agar ilmu yg dipelajari mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka.

Mudah2an kita menjadi manusia yg tawaduk pada ilmu dan hormat pada guru.

p.s. biar aku sendiri..

4 comments:

fatien adibah said...

sangat rugi kalu tak gi kelas tu.w/pun skejap je.1 lagi hok tok molep nyo,doh la tok maghi kelas,phtu suruh org sign plop..ish2..

Alexi said...

Btul 2 fatin,skill hok sign 2..even kat my fac pn ado..adeiihh...rugi woo xgi klas..answer for all ur test and final is in the lecture..huhuhu

Danial Izzat Zulbahari said...

kaler hijau pulok.. :)

ramizah said...

danial: kaler hijau sebab ada org komplen, warna merah tu.."Merah sgt la mak ngah.."
adek dan capik: hok sign ko ore tu adalah bersubahat! dua2 tu adalah penjenayah!