Powered By Blogger

Tuesday, July 19, 2011

London is Calling!! (I am trembling...)

Semasa anda semua membaca entry ni, mungkin saya sudah jauh meninggalkan tanahair tercinta dan berada di dalam perut pesawat MAS airline Boeing 747-400, menuju ke benua Eropah yg jauh beratus ribu kilometer dari Malaysia. Subhanallah..






Inilah pertama kali saya ke London, ibu negara England, tempat William dan Kate berkahwin. Perasaan saya adalah amat takut sekali hendak ke sana. Apa yg saya takut sangat tu?







1. Saya takut nak naik kapalterbang. Walaupun sudah beratus kali turun naik kapalterbang tetapi perasaan takut sentiasa ada. Tambah2 saya suka sangat menonton siri Mid Air Crash dan Air Crash Investigation di rangkaian National Geographic Channel. Kecut perut saya.







2. Flight ke London kali ini mengambil masa selama 13 jam dari KL ke London ( direct flight). Saya tak boleh bayangkan apa yg saya boleh buat sepanjang 13 jam di dalam penerbangan. Saya ni susah nak tidur. Tidur saya tidak lengkap jika bukan dalam bilik dan atas katil ( kalau boleh dikelilingi 3 bantal) Semasa ke Jeddah hari tu yg mengambil masa 8 jam, saya tidak tidur, hanya menutup mata jika terasa mengantuk.







3. Saya juga takut nak berbahasa Inggeris di sana. Saya bimbang saya tak faham apa yg mereka cakap. Setahu saya, loghat atau accent org British ni lain dan amat pekat sekali. Tambah2 kalau mereka bercakap laju tanpa "tajwid" yg betul. Saya memang "flop"! Perasaan ni makin bertambah jika selepas membentang kertas kerja, ada yg mahu bertanya semasa Q & A session dan saya tk faham soalan mereka, memang malu!! (mungkin 195 round saja, tak leh lawan yg 200 round hari tu!)







4. Akhir sekali, perasaan takut saya ini mengenai 2 org anak lelaki saya yg sya bawa bersama; Wafi dan Lutfi. Dua orang ni adalah friends and foes! Janganlah bagi mama bagi khutbah tiap hari. Khutbah jumaat pun seminggu sekali je. Cukuplah dgn tazkirah 2-3 minit je.







Walau apa pun, saya patut kurangkan perasaan takut itu dan yakin pada rahmat Allah. Orang kata baina al rajaa' wal khauf; perasaan yg berada diantara harapan dan ketakutan. Jangan terlalu confident sangat tetapi lebih bersederhana di dalam semua tindakan dan amalan kita.







Mudah2an niat saya ke sana utk menjadi "pendakwah" tentang kecantikan dan kesempurnaan undang2 Islam akan diberkati Allah. Ini sahaja jihad yg dapat saya lakukan untuk menyatakan bahawa tiada yg lebih baik daripada mereka yg mengajak melakukan kebaikan, berdakwah kpd jalan Allah dan juga melakukan amal soleh serta mengaku bahawa akulah dikalangan org2 yg tunduk pada agama Allah... Subhanallah...







Mudah2an suami, anak sulung saya, ahmed zaki, ma, abah, kakak dan adik-adik berada didalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Tidak lupa juga pada pelajar2 saya yg saya sayangi dan pembaca2 blog saya yg saya kenali dan tidak kenali.






Panjang umur, mudah2an dapat kita berjumpa lagi...Namun jika pendek umur, mohon maaf segala kesalahan dan keterlanjuran kata-kata...




p.s. Pelangi Petang semakin kelam...tak pa, Allah kan ada? :-)



8 comments:

Capik said...

Do take care di sano Kk ngoh..have a safe journey there ^^

Janna Wan Muhammad said...

yer..take care kak ngoh! insyaAllah kak ngoh boleh buat, dalam takut2..look at where you're standing now,I know you can!

Err...I think pasal wafi and lutfi tu...komen saya..ke mana tumpah nya kuah kalu tidak ke nasi...hikhikhik...jgn marah...

ise3339 said...

insyaAllah...semoga Allah bg kekuatan kpd kak ngoh utk menjalankan tugas kk ngoh.. Take care.. n semoga wafi lulus ujian kedewasaan ini:)

seri pagi said...

semoga Allah permudahkan segala urusan..amin..

Mommy's Diary of Life said...

Smoga Allah merahmati perjalanan & urusan madam di sana.. ;p

Hakim Hamid said...

Fuh,Fussilat ayat 33 tuh buwi.Ayat faveret tuh.Pelangi Petang ado sokmo,cumo busy la sikek lonih.hehe

Giving u the space,to appreciate more of everything around you,and to indulge the memory when we have the time...

Tu dio,jiwo laro manis letting lebih manih doh tuh buwi.haha

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

all da best ustazah :)

aeidmn said...

gud luck and take care ustazah