Saturday, May 21, 2011

" Lawyer v Lecturer"

Bila saya mendapat result SPM pada tahun 1987, saya mengambil keptusan memohon masuk ke UIAM dan memilih jurisan Law sebagai pilihan pertama saya. Mengapa saya memilih Law? Masa tu, saya bayangakan utk belajar hukum shariah, undang2 shariah dan mengaplikasikan undang2 tersebut pada saya. Pada masa tu, kerjaya peguam, bukan menjadi motif utama saya memilih jurisan tersebut.


Selepas berada di matrikulasi selama setahun dan kemudiannya ke tahun satu dan dua, saya mula memasang angan2 utk menjadi seorg peguam. Saya difahamkan, kalau jadi peguam boleh jadi kaya cepat. Satu kes, boleh charge RM3000-RM5000. Takkan lah satu kes satu hari, sekurang2nya 3-5 kes! wah! cantik ni. Boleh bagi pada ma dan abah dan juga adik2. Semasa di tahun 2 saya belajar criminal law. Saya masih ingat lagi, ada seorg pensyarah saya iaitu, Dr Abdul Halim Sidek, memberitahu, kalau nak jadi lawyer, " You have to be a fighter!" Maksudnya, awak mesti berani utk "bertengkar" dan "bertengking" di dalam mahkamah. Saya mula menimbal balik apa keinginan saya utk menjadi lawyer.


Semasa di tahun tiga, saya membuat practikal di satu firma guaman di Kota Bahru selama 3 minggu. Semasa di sana, saya melihat lawyer2 di situ agak sombong dan tidak mesra alam. Cara pergaulan mreka di dalam office juga tidak terbatas. Byk kali saya mendengar lawyer2 dis itu bercakap berbaur lucah dgn staff di situ. Ada juga gambar2 yg diambil semasa menghadiri bar dinner dan macam2 dinner lagi di mana pergaulan mereka tidak terbatas. Lawyer2 perempuan, saya tengok pakai skirt. Kata staff tersebut pada saya, "ini baru nampak professional." nanti jah pun boleh jadi macam tu, kata kakak staff di situ".


Selepas 3 minggu di sana, saya telah membuat keputusan yg saya tak mahu jadi lawyer. jadi cikgu sudah lah. macam abah. saya jadi fobia dgn kerja itu. Tambah2 abah pun cakap pada saya pada suatu hari, " Jah, tak boleh jadi lawyer...jah mudah kesian kat oghe..Abah takut bila jah jadi lawyer, bila client jah di dapati bersalah dan dia menangis meraung2 tak nak masuk jel, abah takut jah volunteer nk masuk jel..." huhuhu..abah, abah..dia kenal sangat anak dia lagu mana.


Akhirnya, selepas final exam tahun empat, saya apply menjadi lecturer di UIAM. Tanggal, 27 hb August 1992, saya report duty di MSD. Bulan berikutnya, saya mendapat gaji pertama sebagai Assistant lecturer sebanyak RM1,400. Bila dapat gaji pertama, benda pertama yg saya buat ialah, bagi duit sebanyak RM400 pada ma di kampung! Itu lah niat saya..


Saya bukan nak mengutuk kerjaya peguam ini salah..tidak sama sekali. Apa yg saya nk smapaikan di sini ialah, kerjaya Peguam adalah bukan utk saya. Ianya utk org2yg dilahirkan utk menjadi "fighter". Saya tidak mampu utk menjadi begitu. Lagi pun, saya khuatir saya akan terpengaruh dgn suasana sosial yg agak bebas dan turut terjerumus dgn akativiti tersebut. Saya yakin, jika saya baik setaro mana pun tetapi hidup dikelilingi oleh suasana maksiat dan org2 yg lemah imannya, saya pasti akan terpengaruh dan menjadi seperti mereka.




p.s. hidup mesti berjemaah..

8 comments:

fatienwm said...

hehe kak ngoh,apa-apa pun kak ngoh still a fighter!

junaidi said...

sy rasa pun memang ustazah kene jadi lecturer..ustazah berhati lembut, mudoh sgt siye kokre..bila ingt2 balik, blajo law nio memang buleh tahan la susohnye,kene byk bace ne ulangkaji. i wish one og the fighter is me!

Danial Izzat Zulbahari said...

betul tu..kena jadi fighter baru sesuai jadi lawyer... hmm..susah tu....huhu

daniel yusof said...

ustazah..its been 1 month sy buat practical, sy tgok, lawyer civil ke, syariah ke, sama jer.. its not about what they fight, it is all about being a lawyer themselves...maybe they represent syariah base cases, but then, despite being a lawyer, they have this 'lawyer-attitude' which pada sy, semua lawyer sama jer =)...but ther, stil ada la lawyer yang baik n bukan dalam skop 'this attitude'

daniel yusof said...

the exception is still applied to some lawyer =)

daniel yusof said...

by da way, im just sharing a tought =)

ramizah said...

Fatien: yes, we are all fighters against our nafsu..

Ju:sy mudah siye ko oghe, tp dalam marking exam, yg salah tetap salah.. siye bukan bermaksud, kita menidakkan yg benar dan mengiyakan yg salah..

Daniel: Apa2 pun daniel, tepuk dada tanya iman...

ramizah said...

Danial izzat To fight against injustice and persecution..