Friday, May 27, 2011

Tudung dan kita pada hari ini...

Rata-rata kalau kita pergi berjalan di mana-mana tempat di Malaysia, kita akan nampak wanita2 Islam yg bertudung. Cuma yg membezakan ialah pemakaian tudung itu, adakah menutup aurat ataupun tidak.

Di dalam hadith dan al Quran pun tidak ada menyebut cara pemakaian tudung dan berapa labuh tudung itu. Yg penting ianya menutup aurat; menutup kepala, melabuhi dada, tidak ketat dan tidak jarang. Tujuan menutup aurat ialah utk menjaga kehormatan wanita Islam. Melindungi maruah wanita Islam dari fitnah orang. Justeru itu, jika kita memakai pakaian atau tudung yg terlalu berfesyen sangat; dgn manik2, dgn lip lak lip lak, warna yg sangat terang dan renda2 atau frill yg keterlaluan, saya rasa ianya tidak memenuhi objektif menutup aurat.

Bercakap pasal tudung, seingat saya, saya mula bertudung bila saya mula memasuki ke Maahad Muhammadi Perempuan pada 1981. Pada masa itu usia saya 12 tahun. Bila pergi sekolah pada waktu pagi, pakai tudung litup. Bila malam atau petang, tudung berada dalam kain selimut. Siap pakai skirt lagi! Tudung on and off je..Tak faham konsep menutup aurat dan memakai tudung.

Rasanya bila dah usia 16-17 tahun, baru lah faham konsep menutup aurat. Baru lah lekat di kepala dan melabuhi dada. Tudung yg dipakai semasa di MMP, ialah tudung bulat. Bila di matrik dan di UIAM pun masih lagi tudung bulat. Bila dah kerja saya beralih arah ke tudung 3 segi tetapi masih labuh dan memenuhi kriteria menutup aurat. Mengapa saya memilih tudung 3 segi? Saya tertarik pada warna2 yg pelbagai jenis.. senang nak matching dgn baju. Banyak yg readymade. Sedangkan tudung bulat, biasanya saya kena ke kedai dan beli kain dan jahit sendiri. Itu yg lecehnya.


Semasa di MMP dan juga di UIAM, ada beberapa org teman yg memakai purdah dan juga yg memakai jubah hitam kain kosong sahaja. Memang saya salute org2 macam ni yg begitu menjaga pakaian dan hati mereka dalam menegakkan shariah Islam. Walaubagaimana pun, bila melihat mereka ini pada hari ini, saya sungguh terkejut. Tiada lagi jubah dan tiada lagi purdah. Malah memakai tudung pun tidak betul dan tidak menutupi aurat. Maksud saya, tudungnya diangkat dari paras dada. Pakaian pun semakin ketat. Ada juga yg memakai selendang utk diletak di atas kepala sahaja.

Dalam kita mempraktikkan shariah Islam di dalam kehidupan kita, kita hendaklah sentiasa berdoa agar kita selalu istiqamah dalam amalan kita. Hendaklah jangan terpengaruh dgn suasana semasa dan kawan2 sekeliling.

p.s. Pakailah baju labuh melabuhi punggung dan tudung melabuhi dada dan bahu..

8 comments:

Syafiqah Najwa Mohd Anuar said...

Bila baca entry ustazah ni, saya teringat zaman2 masa sekolah saya dulu. Pakai tudung pun on and off jugak. Disebabkan itu, ada laa one chinese friend of mine bertanya, kenapa masa sekolah, saya pakai tudung, bila bukan masa sekolah, saya tak pakai tudung. Saya hanya mampu berdiam diri je waktu tu. Malu pun ada dengan kawan yang non-muslim. Alhamdulillah, Syafiqah Najwa sekarang bukan macam Syafiqah Najwa yang dulu. Love this entry!! :)

Hakim Hamid said...

sempoi,but deep.Memang betullah orang kata,makin lama hidup,makin banyak mutiara hidup yg dapat dikutip.Doakan kami juga sentiasa dirahmati dan diberi petunjuk sepanjang jalan bak kate syed qutb.hehe

ramizah said...

thanks Pika and Hakim for your comments...Yg penting istiqamah dan ikhlas sokmo...

Shehan Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Shehan Ismail said...

salam.. ustazah. masih igt saya? student ustazah dulu. seronok la baca semua entri ustazah.. ;p

ramizah said...

owh..ingat kat shehan. alamat shehan masih ada dgn saya..kot2 shehan hantar kd raya pada sya, boleh la sy balas..tp itu dulu..

semoga bhgia sokmo :-)

Shehan Ismail said...

alhamdulillah.. gembiranya ada lecturer yg igt saya.. tima kasih.. nk sambung baca entri ustazah yg lain.. ;p

0c27fc9a-8e5b-11e0-a189-000bcdcb2996 said...

ramai org anggap tudung sbg fesyen je skrg n bkn sg satu kewajipan lg dah..sbb tu makin lama, cara pemakaian pun brubah ustzh..pkai pun on off..ade je kwn2 sy yg mcm tu..bila di tegur,jwpn nye normal la mcm ni..but, nice entry ustzh.. :)