Powered By Blogger

Sunday, November 20, 2011

Bahagia itu di hati bersama Lutfi




Hari Raya Aidil Adha yg lepas disambut di Kuala Lumpur. Ini adalah kali ketiga kami menyambut di sini dan bukan di Kampung Penambang. Pertama kali menyambut di KL pada tahun 2001 bila ma dan abah berada di Makkah kerana menunaikan haji. Tahun ke dua ialah tahun lepas kerana kami baru berpindah rumah dan ketiga pada tahun ini.



Anak saya yg ketiga, Ahmed Lutfi, menangis teresak-esak sehari sebelum Hari Raya. Dia merayu minta dibelikan tiket. Dia asyik bertanyakan kenapa kita tidak balik kampung walaupun soalan itu telah dijawab beberapa kali. Saya memujuknya dgn pelbagai cara tetapi dia masih menangis mahu dibelikan tiket utk balik kampung. Akhirnya saya bangun meninggalkan dia selepas dia enggan dipujuk lagi. Sebelum saya beredar, dia menyebut " There is no Hari Raya unless we do it in Kampung with Atok and Nenek!" Saya cukup tersentak mendengar kenyataan sebegini dari anak yg berumur 11 tahun itu. Pada masa yg sama, hati saya berasa sungguh sayu melihat kesungguhan dia menunjukkan kasih sayang pada keluarga di kampung. Hati saya bagai dicarik2 dgn kenyataan berani itu seolah2 saya tidak bersungguh2 seperti dia dan sekaligus tidak mahu pulang ke kampung.




Pada Hari Raya yg jatuh pada hari ahad. 6 hb nov 2011, kami sekeluarga menyambutnya di rumah. Malam hari raya, saya menyediakan juadah kegemaran Lutfi iaitu nasi dagang berlaukkan ayam, ikan tongkol, udang dan telur rebus. Saya juga buat kuah kacang dan nasi himpit. Bangun pagi, dia berasa sungguh seronok bila nasi terhidang di atas meja.



Selepas solat hari raya, saya, Lutfi dan Wafi pulang ke rumah. Jam 11 pagi, adik saya dari Pulau Indah bertandang ke rumah. Jam 12 adik dari Bangi pula datang. Lutfi kelihatan cukup gembira melihat sepupu2nya datang. Jam 1 tengahari kawan saya datang dari Ampang. Jam 2 petang, Lutfi mengikut sepupunya ke rumah makcik di Setapak. Jam 4 baru lah saya datang ambil dia dari Setapak. Petang jam 6 ada jiran di rumah lama datang. Lutfi pun kenal dgn anak2 jiran itu.



Pada sebelah malam kami menjemput sepupu2 yg dekat2 serta jiran2 datang utk menjamah daging korban yg dibuat oleh suami. Alhamdulillah, Lutfi sangat gembira dan tidak berhenti bercakap dgn para tetamu yg datang.



Sebenarnya, Hari Raya tidak lengkap jika tidak disambut bersama keluarga tercinta. Tetapi, banyak kali apa yg kita mahu itu tidak dapat dipenuhi oleh Allah. Jadi, berbahagialah dgn apa yg ada dan dengan siapa yg ada di sisi kita.



Jangan dicari bahagia itu. Ia ada di hati; bukan di kanan atau di kiri...



Sebagai ibu, saya perlu lebih kuat agar anak2 saya lebih bersemangat dan berkeyakinan pada diri sendiri.. walaupun jauh di sudut hati, saya begitu merindui ma dan abah di kampung lebih dari anak2 saya lagi...








5 comments:

FA said...

yuup. we missed you all too here.:))..anak juruh sungguh Lutfi, next week kito gathering plok!

KhALiLI_HaNNaN said...

salam..

"Jangan dicari bahagia itu. Ia ada di hati; bukan di kanan atau di kiri..."

-yup!! setuju 100%.

seri pagi said...

bahagia itu bila hati tenang..hati akan tenang hanya bila sentiasa mengingatiNYA..kita yang memilih, kita yang menentukannya..
semoga berbahagia sentiasa...:)

ramizah said...

Lutfi anak yg mendengar kata..
tksih Wani..
Nurul: Selamat Kembali..:-)

junaidi said...

ya, bahagia tu dalam hati, saya mencari bahagia, dengan rakan2, saya ubat luka rindu akan mok n aboh serta adik2.. dengan rakan2 jugak tempat mengadu.aduh..sakitnya mencari bahgia kalau tiada yang mahu memberi..=)