Powered By Blogger

Thursday, December 8, 2011

please, grow up!



Antara perkara yg membuat saya sangat2 kecewa ialah bila pelajar ponteng kelas. Ponteng kelas atas sebab yg tidak munasabah seperti overslept atau nak buat ulangkaji pelajaran lain sebab ada ujian. Ada juga memberitahu saya yg mereka tak datang kelas sebab tak ingat ada kelas ganti atau kelas tambahan atau sebab nak pergi kenduri kawin sepupu dan pelbagai alasan lain lagi. Tidak hadir ke kelas dengan sengaja adalah merupakan satu kesalahan BESAR.




Mereka ini lupa pada bai'ah yg dibuat sebelum semester bermula di hadapan rektor dan top management office yg lain. Mereka juga lupa pada bai'ah yg dibuat di hadapan ibubapa masing2. Tujuan mereka datang ke universiti ialah untuk mendapatkan ilmu dgn harapan suatu hari nanti dapat satu degree dan menggunakan degree itu sebagai satu jalan utk mencari nafkah hidup. Bai'ah ini adalah satu perjanjian dan juga satu sumpah. Jadi jika kamu secara sengaja melanggar terma2 perjanjian maka anda telah berlaku khianat pada diri sendiri dan juga org lain.




Saya merasa sangat sedih dan kecewa bila pelajar begitu mengambil enteng perkara ini. Memandang remeh pada tanggungjawab sebagai pelajar terhadap pelajaran dan menunjukkan sifat tidak hormat pada guru.




Saya pernah terbaca dalam status FB seorang pelajar menyuruh kawan sekelas utk tolong sign attendance satu kelas pagi yg dia tak kan hadir sebab dia nak buat ulangkaji pada satu test pada petang hari tersebut. ada tiga benda dapat kita faham dari status ini; satu, jenayah ponteng kelas ini adalah berleluasa, kedua, komplot dalam melakukan jenayah menipu dan sikap yg suka stadi pada saat-saat akhir.



Pada masa yg sama, guru2 juga patut mengambil serius jika ada pelajar ponteng kelas. Jangan dipandang sebelah mata sahaja sebab mereka itu bukan anak kita atau saudara mara kita. Ambillah sebarang tindakan ke atas mereka sebelum terlambat. Marah, tegur dan sebutlah nama mereka yg tidak hadir ini di dalam kelas. Ini adalah satu bentuk hukuman juga. Semuanya itu dibuat atas dasar prihatin dan kasih sayang.....Antara tugas seorang guru ialah membantu anak didik kita dari terjerumus ke dalam kancah kemaksiyatan.


Sebenarnya punca masalah ini berlaku adalah kerana niat sebenar kita telah terpesong. Atau pun mungkin kita sudah hilang arah, apa yg tujuan hidup ini sebenarnya.



Baik saya ingatkan sekarang yg hidup kita, tidak lain dan tidak bukan , hanyalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata dan mudah2an dengan keredhaan Allah itu kita terselamat dari azab api neraka....






2 comments:

seri pagi said...

Pelajar2 yang macam ini selalunya mereka yang suka ambil mudah dalam sesuatu perkara. mensia2kan peluang yang ada. lebih keras sikit, tiada matlamat dalam hidup. mereka seharusnya sedar bahawa tidak ramai yang berkelayakan mendapat peluang menyambungkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. memang perlu ditegur dan diberikan amaran..

ramizah said...

betul kata Nurul...ada yg berubah dan ada yg masih di takuk lama.