Friday, September 7, 2012

Kecil hati atau Besar hati?

Kalau ditanya, mana satu yang kita mahu; kecil hati atau besar hati? Saya yakin semua orang akan memberi jawapan yang sama iaitu mereka mahu besar hati. 

Tetapi tahukah, bahawa ramai yang mengamalkan sifat kecil hati dari besar hati? 

Orang yang mempunyai sifat mudah kecil hati adalah orang yang mempunyai masalah dengan diri sendiri. Walaupun mereka sebenarnya kecil hati dengan orang lain atau orang sekeliling tetapi mereka ini sebenarnya orang yang mementingkan diri sendiri. Mereka juga merasakan kebahagiaan dan ketenangan hidup mereka bergantung kepada orang lain. Mereka juga tidak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri dan membiarkan orang lain enjoy melihat kita menderita. Sebagai contoh, orang menyindir serta mengata pada saiz badan kita selama 10 saat. Kita termakan serta terasa dengan sindiran itu hingga menyebabkan kita tak lalu makan, tak nak keluar rumah, tak boleh tidur malam selama 10 bulan. Jadi, siapa yang rugi di sini? Kita kan? 

Kecil hati adalah sifat "attention seekers". Mereka mahu dikenali, mahu menjadi perhatian dan ingin menjadi "celebrity". Maksud saya di sini, sifat kecil hati ini  ada pada semua benda dalam diri mereka. Orang tak tegur, kita kecil hati. Orang tak senyum, kita kecil hati. Orang tak jemput datang ke rumah terbuka pun kita kecil hati. MashaAllah! Sifat kecil hati ini adalah sifat yang boleh memundurkan kita. Lebih parah lagi, jika sifat sebegini kita semaikan pada anak-anak kita.

Saya rasa, cukuplah! Kepada sesiapa yang ada sifat sebegini, berhentilah. Ia memudaratkan diri dan menjadi kita akan mendapat banyak penyakit di kemudian hari. 

Kalau orang tak tegur kita, kita tegur dia. Kalau dia tak jawab teguran kita, biarkan saja. Kita tetap bahagia. Sebab kebahagiaan kita bukan bergantung pada jawapan dia. Orang tak jemput ke kenduri dia. Tak jadi masalah. Kita akan tetap bahagia sebab kita boleh menggunakan masa tersebut untuk keluarga atau diri. Mungkin, kenduri itu untuk orang2 tertentu sahaja dan jika kita ke sana kita akan jadi lebih menderita jika kita gagal untuk menyesuaikan diri dengan tetamu2 lain. Dengan kata lain hendaklah kita bersangka baik dengan orang lain. 

Orang yang mempunyai besar hati ialah orang yang mempunyai banyak ruang dalam hati dia. Ruang untuk gembira, sedih, maaf, lupa, redha dan sebagainya. Mungkin juga ada ruang untuk kecil hati tetapi ruang itu sangat sempit. Sifat2 negatif dalam ruang2 itu adalah sangat kecil dan mudah hilang sebab ruang yang ada sifat positif lebih menguasai hati kita. Jika hati kita besar, kita akan lebih ceria dan hidup lebih gembira. 

Kita hanya patut kecil hati jika agama Islam kita dipermainkan oleh orang lain. Dan sebenarnya bukan setakat kecil hati, kita juga perlu bangkit dan menangkis segala tohmahan itu. Jika ada peruntukan undang2 hendaklah kita mengambil tindakan sewajarnya pada orang tersebut.

Mudah-mudahan dengan membaca entri saya kali ini, kita semua akan lebih ceria dan membuang segala sifat-sifat negatif dalam diri kita. amin :)

10 comments:

seri pagi said...

seronok baca entri ni..:)
rimas dengan orang yang sikit2 kecik hati..sikit2 terasa hati ni..nak cakap pun kena berhati-hati..kadang2 niat nak bergurau..tapi dia ambil serius..kalau dulu masa belajar kami memanggil orang2 yg mcm ni..KKS (kurang kasih sayang)

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam.. Nice entry! Suke..
t'ingat kata2 seorg alim..
~harus menyayangi orang yang membenci dirimu~

Aisyah Wm said...

kecil hati=merajuk=ngaju (klate)
budak kecil je sesuai kecil hati:)

ramizah said...

Secara umumnya,manusia ini sensitif. Yg membezakan satu antara lain ialah, bagaimana kita mengawal sifat sensitif itu agar ianya hanya bersifat sementara sahaja.
tksih pada nurul,wani n aisyah kerana sudi memberi komen.

Mama Aisy said...

sy juga mudah terasa hati dgn org..

Tak salah utk mudah terasa hati dan tersentuh tp, kita kena cepat kawal dan ubati hati kita balik..
senyum..maafkan..redha dan bersyukur..

Mmg org cpat kcil hti ni ada msalah dgn diri sndiri..

Terima kasih Ustazah ats entry ini.. mmberi pringatan.. :)

pesona ku said...

Assalamualaikum ustazah..
Moga ust dpt berikn sy sedikit pencerahan
Ibu mertua sy bg tau yg adik2 sblh suami sy kecil hati dgn sy sebab sy mcm x sekepala dgn diorg...x senyum n x tegur katanya...
Tp..dlm hati sy x ada sekelumit pun apa2 perasaan negatif pd diorg..
Ada masanya mmg bergelak or berchit chat bersma..
Sy ada bgtau ibu mertua sy. Sy mmg mcm tu..then dia minta sy senyum n tegur diorg.... mcm janggall pulak ustazah...
Sy ckp lah...diorg pun kadangkala x da pun senyum n tegur sy..tp sy x amik hati atau kecil hati pun..sebab pd sy its normal...n stp org ada cara pembawaan masing2...
mcm mana tu ustzh...

T.kasih...

pesona ku said...

Assalamualaikum ustazah..
Moga ust dpt berikn sy sedikit pencerahan
Ibu mertua sy bg tau yg adik2 sblh suami sy kecil hati dgn sy sebab sy mcm x sekepala dgn diorg...x senyum n x tegur katanya...
Tp..dlm hati sy x ada sekelumit pun apa2 perasaan negatif pd diorg..
Ada masanya mmg bergelak or berchit chat bersma..
Sy ada bgtau ibu mertua sy. Sy mmg mcm tu..then dia minta sy senyum n tegur diorg.... mcm janggall pulak ustazah...
Sy ckp lah...diorg pun kadangkala x da pun senyum n tegur sy..tp sy x amik hati atau kecil hati pun..sebab pd sy its normal...n stp org ada cara pembawaan masing2...
mcm mana tu ustzh...

T.kasih...

Unknown said...

Tq so much 4 d article...kebetulan sy pun ada kecik dgn somebody....hilang terus bila BC article ni...betul jg ya...bila org buat x tau kat kita...biar jer...rugi jer aku dok kecik hati selama ni...okey bukak buku baru...

Che anna said...

Tq so much 4 d article...kebetulan sy pun ada kecik dgn somebody....hilang terus bila BC article ni...betul jg ya...bila org buat x tau kat kita...biar jer...rugi jer aku dok kecik hati selama ni...okey bukak buku baru...

Fatihanim Hj Mohd Nor said...

Tq for the article. Terjumpa di waktu yg tepat. Pada asalnya, saya bukanlah insan yg mudah berkecil hati. Cumanya, apabila acapkali kebaikan ataupun budi dan kasih sayang yg diberi terasa kurang dihargai, perasaan itu timbul. Mungkin ini dugaan utk hati saya supaya lebih kuat.