Powered By Blogger

Sunday, April 11, 2010

skrip jawapan ICL..

saya selalu tekankan di dalam subjek saya untuk menghafal ayat2 Quran sebagai authority atau dalil bagi setiap hujjah yg kita berikan dalam exam. Sya tak nak kamu semua bagi hujjah tanpa dalil seumpama bercakap dgn air liuq je..

Salah satu skrip ICL yg saya tanda semalam berkenaan dgn jenayah qazaf dan Minum arak, student ni ada memberi ayat Quran sbg authority tapi ayat yg diberikan ialah surah al fatihah...

Hmm..semetar ko saya minta ayat Quran, jadi bagi je mana2 ayat2 yg diingat..

Nak bagi markah ke? *sigh*



p.s. dia sudah tidak kelihatan lagi...

Saturday, April 10, 2010

Terimakasih dari ku untuk mu..

Pagi tadi saya menerima satu pnggilan dari seorg student saya yg telah grad pada tahun 2006. Sekarang dia sudah menjadi seorg practising lawyer yg sangat2 sibuk sekali dgn 2 legal firms yg perlu diuruskan. Menerima call dari dia bukan satu kejutan sebab dia sudah beberapa kali menelefon saya., tetapi mendengar kata2 semangat utk saya terus menulis di dalam blog saya ni membuat saya semakin teruja utk terus mengemaskinikan blog saya dari masa ke semasa. ( terimakasih Khairie a.k.a. the Giant)

Kira2 dalam pukul 3 petang, sya menerima kunjungan dari Alen Celbic, seorang student dari Bosnia. Dia akan pulang ke Bosnia selama 3 bulan selepas berada di sini selama 21 bulan.Dia tak sabar2 nak balik ke kampung halamanya di Sarajevo. Terimakasih Alen kerana sudi menjenguk saya di pejabat dan memecahkan kebosanan saya menanda kertas exam. Saya doakan Alen selamat sampai di Bosnia dan kembali untuk menyambung pengajian pada bulan 7 nanti.

Pada pukul 4.50 ptg saya menerima kunjungan dari Pika dan Mira, student2 saya sem lepas. Dtg utk mengucap selamat tinggal. Terimakasih tak terhingga atas ingatan kamu berdua pada saya.Mudah2an Allah permudahkan urusan dunia Pika dan Mira. Sebelum balik, Pika mesti cium pipi saya..he2. Pika dan Mira, saya doakan kamu berdua akan terus menjadi anak2 yg solehah..amin

Balik ke rumah sudah jam 7 lebih. saya dikejutkan dgn message dari bekas student saya yg dah lama grad dan sekarang lecturer di UiTM. Message berbunyi "..Madam, saya menangis membaca entry madam.." Airmata saya bergenang dan terus jatuh ke bumi..rupa2nya entry saya ni bukan sahaja menyentuh hati saya tapi org lain juga..

Walaupun hari ini sudah banyak airmata saya tumpah tapi hati saya puas..masih ramai yg sayang dan rindu pada saya sebagaimana saya rindukan mereka.

Setiap kali kamu melawat saya dan bertanyakan khbar mengenai saya, setiap kali itulah saya mengangkat tangan sambil memohon dari Allah s w t, jgn sekali2 Engkau putuskan rahmatMu pada mereka2 ini..

p.s tiada lagi nampak byg2 mu kini..

Friday, April 9, 2010

Sunyi sesepi sepinya..

Tadi masuk ke kampus, terasa sayu hati bila melalui jalan menuju ke aikol. Hanya ada 2 3 orang je yg berjalan di lorong2 itu..tu pun tukang kebun yg sedang menyiram pokok2 bunga di tepi jalan. tiada sesiapa di perhentian bas. Nun jauh, mahallah utk student perempuan tersergam indah..tapi sunyi, tiada gelak ketawa student, suara mengilai student di malam hari..

Sambil memandu kereta perlahan-lahan saya terpandang seekor burung terbang rendah.. perlahan..melilau2 mencari sesuatu..mungkin sedang mencari teman untuk berkongsi kasih..seperti aku di sini yg memandang jauh ke luar jendela, menghitung saat aku didatangi org2 yg aku sayangi..

tapi sabar itu indah, kan?

p.s. dia sudah jauh meninggalkan saya...

Wednesday, April 7, 2010

satu lagi skrip jawapan..

ada satu lagi skrip yg sya baru baca tadi. soalan yg ditanya ialah untuk memberi makna hikmah dan Illah serta contoh pada tiap2 satu.

" Hikmah is.... An example of Hikmah is that If i failed Usul al Fiqh subject, Allah wants to teach me that i did not give adequate efforts in studying this subject..But Ustazah, please dont fail me..please..I dont want to fail.."

" The meaning of Illah is that...."

What should I do now? Fail her? Come on girl..don't write such request in your answer script. Ethically is wrong. We, lecturer, give out the grade but you earned that. You will get what you deserve. If you fail, not because we hate you or what not. But because you gave us the wrong answer..

In a nutshell, there is no shortcut in success. It is all about the hard work, commitment, attitude and passionate. You will always get back what you gave...

p.s. akhirnya dia pergi jauh..

satu skrip jawapan..

sekarang tengah sibuk marking kertas exam student. Sabjek yg saya tanda sekarang adalah usul al fiqh.

ada satu skrip yg membuat saya senyum ( eh, ketawa kuat juga) di mana satu student tulis begini

"..i would LOVE to define the following terms...."

paragraph yg berikutnya.,

"... now i am bit confused about the terms.."

Ha! ha! macam mana nak dapat markah la Bro..

p.s. saya tahu dia akan pergi

Monday, April 5, 2010

Puisi untuk K A M I

K.A.M.I

Kau penghiburku
Di kala waktu senja berliku

Kau bintang ku
Di kala redup malam kalbu

Kau pelangi ku
Di kala hujan panas berlaku

Kau penyuluh
Di kala malap hidup ku

Terimakasih dariku untuk mu
Sepuluh jari di angkat tanda kasihku pada mu
Jangan kau tinggal aku kerana kau harapanku
Dan aku sayang pada mu…

p.s. Puisi ini adalah rasa hati saya pada sekumpulan student tahun 1 undang2 yg terdiri daripada Kamal, Junaidi, Arep dan Fahmie yg sering membuat saya ketawa. kahadiran mereka membuat saya tahu bahawa masih ada yg sayang pada saya..mereka banyak membuat saya tersenyum di dalam diam..membuat saya sedar, nun jauh di sana masih ada sinar buat kita semua..

apa niat kita sebenarnya..?

Minggu lepas, seorg student datang ke pejabat saya untuk consultation pada masalah dia. Dia bukan student yg saya ajar sekarang atau sebelum ini.

Masalah dia ialah, tidak mahu menduduki exam pada semester ini. Sudah 2 core paper dia tinggalkan secara sengaja. Dia datang jumpa sya untuk bertnya adakah masih ada peluang untuk dia lulus jika dia dtg untuk 2 paper lagi?. Kalau tak ada peluang dia nak tinggalkan juga 2 paper tu..astaghfirullah.. terkejut gorilla saya dibuatnya.
Saya tanya lagi kenapa tidak mahu menduduki exam? Jawapan dia adalah “tak pasti” ( dgn nada divadivana you!). Kemudian dia beritahu saya yg dia nak berhenti belajar. Kenapa ? jawapannya adalah “ tak pasti” lagi. Apa you nak buat kalau berhenti belajar, saya tnya. “ Tak pasti” jugak jawpannya.

Aduhai, macam mana saya nak tolong selesai masalah awak jika jwapan yang diberi adalah tidak pasti semuanya. Maksud sebenarnya di sini ialah, awak tidak ada masalah. Masalah sebenarnya adalalah anda tidak tahu apa tujuan hidup anda di dalam dunia ini. Hidup yg tiada arah, tiada cita-cita, tiada destinasi..yg ada adalah angan2 kosong yg wujud hnya dalam mimpi sahaja.

Sebagai student kita mesti ada arah tujuan kenapa kita mengambil course sedemikian. Mengapa aku dtg ke universiti? Apakah sebabnya? Untuk apa sebenarnya?
Student ini masih belum matang dgn kerenah dunia, kerenah manusia..
Sya ada memberitahu dia, kalau dia nak berhenti belajar sebab nak kahwin putera raja, then go ahead. Atau berhentii belajar sebab nak buka sekolah pondok, nak jual kain atas pasar..well, bravo! Anda adalah manusia yg ada wawasan, ada arah tujuan untuk anak bangsa.

Akhir kalam, jadilah manusia yg tahu selok belok kehidupan dan arah tujuan agar setiap langkah ada sebab, ada arah dan ada teras..

p.s. hari ini si dia semakin jauh dari saya..