Minggu lepas, seorg student datang ke pejabat saya untuk consultation pada masalah dia. Dia bukan student yg saya ajar sekarang atau sebelum ini.
Masalah dia ialah, tidak mahu menduduki exam pada semester ini. Sudah 2 core paper dia tinggalkan secara sengaja. Dia datang jumpa sya untuk bertnya adakah masih ada peluang untuk dia lulus jika dia dtg untuk 2 paper lagi?. Kalau tak ada peluang dia nak tinggalkan juga 2 paper tu..astaghfirullah.. terkejut gorilla saya dibuatnya.
Saya tanya lagi kenapa tidak mahu menduduki exam? Jawapan dia adalah “tak pasti” ( dgn nada divadivana you!). Kemudian dia beritahu saya yg dia nak berhenti belajar. Kenapa ? jawapannya adalah “ tak pasti” lagi. Apa you nak buat kalau berhenti belajar, saya tnya. “ Tak pasti” jugak jawpannya.
Aduhai, macam mana saya nak tolong selesai masalah awak jika jwapan yang diberi adalah tidak pasti semuanya. Maksud sebenarnya di sini ialah, awak tidak ada masalah. Masalah sebenarnya adalalah anda tidak tahu apa tujuan hidup anda di dalam dunia ini. Hidup yg tiada arah, tiada cita-cita, tiada destinasi..yg ada adalah angan2 kosong yg wujud hnya dalam mimpi sahaja.
Sebagai student kita mesti ada arah tujuan kenapa kita mengambil course sedemikian. Mengapa aku dtg ke universiti? Apakah sebabnya? Untuk apa sebenarnya?
Student ini masih belum matang dgn kerenah dunia, kerenah manusia..
Sya ada memberitahu dia, kalau dia nak berhenti belajar sebab nak kahwin putera raja, then go ahead. Atau berhentii belajar sebab nak buka sekolah pondok, nak jual kain atas pasar..well, bravo! Anda adalah manusia yg ada wawasan, ada arah tujuan untuk anak bangsa.
Akhir kalam, jadilah manusia yg tahu selok belok kehidupan dan arah tujuan agar setiap langkah ada sebab, ada arah dan ada teras..
p.s. hari ini si dia semakin jauh dari saya..
5 comments:
mace2 la perangai manusia ni yer..
hehehe...diva divana la ustazah nie
diva divana? bukan.diva disini..
hehehe....
pelik sungguh diri budak itu
Post a Comment