Seorang teman di pejabat telah kehilangan ibu dia hari ni. Innalillah wa inna ilaihi raajiuun.. Al fatihah untuk arwah dan mudah2 an teman saya itu diberi kekuatan di bulan yg mulia ini.
Saya terpanggil untuk menulis dalam entry kali ni, bila melihat seorang lagi teman yg dtg berziarah dan membaca yasin pada arwah. Sedang asyik membaca Yasin, deringan hp berbunyi, lantas dia meletak Quran di bawah dan menjawab hp untuk 1-2 minit. Tahun lepas, saya masih ingat teman yg sama berbuat benda yg sama; menjawab hp semasa tadarrus Quran di Musolla.Sempat lagi, ketawa dan membuat temujanji. Kemudian sambil membaca Quran, tangan membalas message. MasyAllah..
Sekarang ni hp lebih diutamakan dari Allah..Hak Allah jatuh ke no 2 dari hak manusia. Urusan dunia didahulukan dari urusan Allah.
Adab membaca al Quran ialah memahami sedalam2 makna al Quran. Satu lagi, kita sebenarnya tengah berkomunikasi dgn Azza Wajalla. Sanggup kita berpaling dari Allah hanya kerana satu panggilan untuk urusan dunia?!
Saya merasa sungguh sedih melihat sikap masyarakat Islam yg tidak tahu adab membaca al Quran..lebih2 lagi seorang ahli akademik yg tesohor.
Manusia mudah lupa..
8 comments:
salam ramadhan karim madam...
saya setuju, seeoloknya ketika baca alquran semua hal dunia diketepikan, fokus kepada apa yang dibaca, tetapi jika ibu bapa kita memanggil ketika tu, elok kita jawab atau teruskan bacaan? semoga kita tergolong dalam orang yang beriman...
Allahu Akram,jawab la..tak salah. dia tak tahu awak tgh bca quran..
sy benci hp.. mengganggu ketenteraman hidup je.. ramai je miskol nk bkenalan.hehe
eik'rob: Ouch! fofular betul ni..
Salam Ustazah,saya folower baru blog ni.Mungkin inilah kesan dari Islam moden yg diperjuangkan sangat oleh sesetengah pihak tu
t.kasih ijok kerana menjenguk blog saya..
Salam ramadhan dan kemerdekaan.pertama kali saya singgah disini. Saya pernah melihat dalam sebuah masjid seorang lelaki telah mengangkat takbir tiba-tiba h/p berbunyi. Dia boleh berhenti dan ambil telepon dari dalam poketnya dan berbual...... tak tahulah.... nak jadi apa.
abu Muaz:T.kasih kerana menjengok blog saya yg baru nak bertapak. sya singgah sekejap tgk blog saudara..wah! hebat.. Begitulah jadinya bila hal dunia mnjdi keutamaan dlm hidup kita. Nauzubillah..
Post a Comment