Thursday, July 1, 2010

Berkongsi cerita bersama si dia..

Seorang bekas student dtg berjumpa saya hari ni. Menurut beliau perjumpaan ini adalah sesi meluahkan perasaan beliau ( bukan pada saya..) tentang pengalaman menjadi peguam sejak 3 tahun lepas. Bila dia memberitahu yg client dia menawarkan dia botol arak utk diminum dan membawa dia ke mana2 bar, saya tidak tekejut sangat. Saya tahu begitulah senario menjadi seorg peguam bila mana client anda adalah company yg ternama. Begitulah realiti sebenar menjadi seorg peguam dalam kerjaya mereka ( sebahagian dari mereka)

Menjadi peguam tidak salah, tetapi ramai org telah mengotorkan bidang itu demi utk kepentingan business masing2. Alasan yg mereka berikan ialah .."ala biasa la.." Ya, alah bisa tegal biasa. Setiap kebiasaan yg dibuat akan menjadi habit atau tabiat. Tabiat pula akan menunjukkan karakter kita dan karakter adalah simbol destinasi hidup kita..ke arah mana, syurga atau neraka.

Kdg2 kunjunga mana2 bekas student berjumpa dgn guru mereka dan bekongsi pengalaman adalah satu akitiviti yg sihat utk kita lebih berpijak pada bumi yg nyata. Yg lebih penting ada orang yg akan memberi nasihat dan mengingatkan kita apa yg baik dan yg buruk..yg sy kira sebenarnya adalah menjadi peringatan pada diri saya sendiri.

Guru akan tetap guru, sampai bila2..

p.s. jauh..sungguh jauh..

2 comments:

fatien adibah said...

guru tetap guru...sampai bila2..
and pahala pon sampai bila2..:D

ramizah said...

betul dek..