Friday, July 16, 2010

Kenangan mengusik jiwa: ICL dan UF

Pada semester lepas ada beberapa kenangan manis yg berlaku semasa mengajar student ICL dan UF. Sya masih ingat lagi semasa mula2 masuk ke kelas ICL, saya sangat2 terkejut melihat ramai budak2 laki2 dalam kelas tu. Kalau tidak silap saya ada seramai 30 org budak laki2 dan budak perempuan dalam 20 orang. Setiap kali nk pergi kelas, memang berdebar2. Biasanya kelas ramai perempuan dari lelaki tp kelas ni "special" sikit. Aduh..perit sungguh rasa di dada. Sekali tu, pin kat tudung tecabut..panik jugak. Tapi sempat tenangkan diri dan duduk sebelah sister dan bubuh balik tudung tu. W/pun sya seronok mengajar mereka dan sya kira mereka semua anak2 yg baik dan suka mengusik.

Kelas UF yg lepas macam biasa la tak ramai, dalam 32 org rasanya. Semester ni lagi teruk, hnya 21 org sahaja. Tu pun sy dah cukup bersyukur sebab hari pertama masuk kelas hnaya 4 org sahaja. Nyaris2 kena tutup kelas..

Antara kenangan manis di kelas UF ialah semasa tutorial di sebelah petang. Bila tutorial, saya agak relaks sedikit..jadi byk buat bercerita dan memberi pelbagai contoh2 yg lucu tetapi semasa. Kelas tu memanag gempaq, tmbah2 ada divadivana dalam kelas tu. Dalam kelas tu kami selalu ketawa..kuat pulak tu. Berapa kali sya ketawa smpai berair mata hampir2 tak boleh nak mengajar. Satu hari tu, ada student kat kelas sebelah dtg ketuk pintu dan minta kami jgn ketawa kuat sangat sebab menganggu mereka. Aduh! termalu seround. Tapi budak2 sporting..Diaorg cakap, " ala ustazah, diaorg jeles tu sebab kita sdg bergumbira!" hehehe..

Lagi satu kenangan kelas UF ialah bila saya nak cepat2 ke kelas selepas solat asar. Hari tu saya pakai jubah seluar. Bila masuk kelas, seorg sister tunjuk kat kaki saya. saya pun tak faham..tnya dia balik, apa dia? dia cakap stokin sya kat luar, seluar saya kat dalam..aduh! termalu lagi..

apa2 pun, kenangan bersama student dan mengajar mereka adalah saat manis dalam hidup saya.. saya tidak hairan bila sy tidak mengajar, sy sngat2 merindui saat bersama mereka..This is what I love doing..this is my passion..and my students are my life..my love..


p.s. mudah2an terus bahagia

3 comments:

aRieF said...

hope this sem pon akan menjadi kenangan terindah buat ustzah..huhuuh...

ramizah said...

semuanya indah belaka..atas kita tgk lagu mana..yg pahit pun pasti indah bila sdh berakhir..

yen said...

hik,hik,,gelak sorang2 saya baca citer ni...tp kenangan last sem mmg gempak ustazah...:D...and i like ur tutorial classs....

..yen haryani....