Powered By Blogger

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban. Tanggal 15 Nov semalam telah berlaku wukuf di arafah. Umat2 Islam yg tidak menunaikan Haji disunatkan untuk berpuasa sempena hari Wukuf bersempena dgn 9 zulhijjah. Banyak keberkatanya berpuasa sunat pada 9 zulhijjah ini. Walaubagaimanapun, entry kali ini bukan nak bercerita pasal kelebihan puasa sunat ini, tetapi bercerita kenangan menunaikan haji pada tahun lepas.

Bila tengok gambar umat Islam sedang bersaie dai Safa dan Marwah di muka depan News Straits Times semalam (15 Nov) lantas teringat pengalaman menunaikan ritual yg sama pada jam 1-3 pagi. Sampai bengakak2 kaki berjalan dari safa dan marwah sambil mengingati peristiwa Siti Hajar berlari2 mencari2 air utk anak lelakinya Nabi Ismail. Mulut tidak berhenti menyebut nama2 anak2, zaki, wafi dan lutfi agar menjadi anak2 yg soleh. Tidak lupa juga menyebut nama2 anak2 saudara yg lain.

Selepas wukuf, rasanya kami menaiki bas ke Muzdalifah untk bermalam walaupun tidak tidur di sana. Tetapi saya terlelap sekejap, bertilamkan tanah muzdalifah dan sambil memandang langit hitam pekat..sesekali jelas bintang2 berkerlipan. Pertama kali rasanya tidur di atas tanah..Bila badan sudah letih, mata sudah tidak tertahan lagi di situlah kita terjelepok lesu. Kiri kanan teman2 lain juga ada yg tidur nyenyak sekali dan ada juga yg berdengkur.

Kemudian dari Muzdalifah kami di bawa ke Mina utk melontar di Jamrah esok hari. Bas yg membawa sya dan rombongan adalah bas yg pertama berlepas tetapi dgn izin dan qadai qadar dari Allah, bas kami adalah bas yg terakhir sampai pada malam itu. Perjalanan yg sepatutnya mengambil 30-40 minit, tetapi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pemandu bas kami, sesat. Masa itu kami masih dalam ihram lagi. Tidak boleh marah dan bercakap kasar. Sya hanya mampu bertalbiah berzikir pada Allah. Tiba2 kedengaran suara 2 org lelaki sedang bertekak, pemandu bas dan jemaah haji dari negara arab ( sebab dia bercakap dlm bahsa arab). MashAllah..ketakutan menyelubungi fikiran saya. Dalam hati, jemaah haji tersebut memang dah kena dam sebab telah melanggar pantang larang di dalam ihram. Astaghfirullah…

Akhirnya kami sampai di destinasi..alhamdulillah. Di Mina, kami duduk selama 3 malam di dalam khemah. Khemah kami itu bersebelahan dgn kedai runcit ala-ala 7 eleven. Maksudnya dia buka 24 jam. Bygkan,bila masa kami nak tidur atau berehat yg sewajarnya. Lagi satu, sya rasa kita semua maklum kalau dgr org Arab bercakap..macam nak bergaduh! Ada sekali semasa di dalam khemah, pekedai runcit atau pekrjanya telah membaling kulit pisang dan jatuh atas riba saya..dan yg kedua diaorg baling botol air soft drink dan jatuh sebelah saya. Semuanya berlaku dgn sekelip mata dan saya menerimanya sebagai dugaan dari Tuhan yg maha esa. Di sana juga, sya takkan lupa kenangan pergi ke bilik air yg sgt2 terhad untuk menampung hampir 2 juta umat islam. ada yg beratur sampai 2 jam utk ke bilik air, tetapi ramai yg berhati mulia memberi lalauan kepda mereka benar2 memerlukan. Satu lagi buat sya tersenyum, bila pertama kali ke bilik air di sana, sya tertanya2, " ini bilik air lelaki atau perempuan?" Ini disebabkan boleh dikatakann 90% wanita2 pada masa itu berambut pendek. sependek2nya..hehe. Mungkin saya seorg shj yg "perempuan" pada masa itu :-)

Byk lagi kenangan2 yg hendak saya kongsi di sini tetapi saya rasa anda semua pasti boring membaca entry yg panjang2 seperti ini. Kenangan di Madinah adalah saat sedih buat diri saya, di mana saya begitu merindui keluarga di kampong dan pada seseorg yg melukai hati saya..

Salam Aidil Adha buat semua..


p.s. Takkan ku lupa aku kelas kedua..

1 comment:

Janna Wan Muhammad said...

owh..takkan boring la kakngoh,cerita la lagi..mana yg bulih jadi pengajaran buat kami semua..semoga kami jugak berpeluang utk menunaikan haji pada suatu hari nanti... ameen.