Kenangan di Masjidil Haram. Gambar diambil dari tingkat 1. ada beberapa keping lagi diambil di depan kaabah, cuma tak berani nak tepek, bimbang disalahertikan sebagai utk menunjuk2. Gambar diambil oleh, adik angkat saya di Makkah, Mimi.
Semasa di dalam masjidil Haram, sempat berkenalan dengan jemaah haji dari Egypt. Namanya pun dah lupa cuma yg saya ingat kami sebaya. Masa di sini lah, terhegeh2 nak bercakap bahasa Arab yg dah lama berkarat.
Pengalaman menunaikan Haji di kala usia 40 tahun adalah impian menjadi kenyataan. Sya sentiasa berharap dan berdoa sebelum ini agar dapat menunaikan rukun islam yg ke5 sebelum melebihi ke angka 40. Masing2 diuji oleh Allah dgn pelbagai ujian, mental dan fizikal. Masing2 ada pengalaman tersendiri, pahit dan manis. Walau apa pun terjadi, anggaplah sebahagian dari jihad menunaikan haji. Untuk saya, menanggung beban rindu pada org2 saya kasihi adalah ujian yg paling besar.
p.s. hatiku diguris luka..
No comments:
Post a Comment