Powered By Blogger

Friday, November 12, 2010

Nasihat pada pelajar2..

Bila pemeriksa menanda kertas2 jawapan peperiksaan, perkara pertama yg menjadi perhatian ialah apa yg tertera di muka depan kertas jawapan. Nombor2 soalan yg dijawab, nama pemeriksa dan tulisan student. Perkara2 di atas adalah first impression yg pemeriksa tanam di dalam hati mereka sebelum meneruskan pembacaan beliau. Ada yg mulakan dgn Bismillah..ada yg mula dgn salam pada Madam..Dan diakhiri dgn "pujuk rayu" agar dibelas kesihan pada si penulis. Ada jugak yg dah bagi hint pada saya" kalau yg ada smiley face tu, saya lah ustazah!" Apa pun nasihat yg diberikan, sya akan cuba sedaya upaya utk menjadi adil dan memberi pada yg hak dan yg berhak sahaja.

Satu lagi sya ingin berpesan pada student agar jgn gopoh semasa menjawab soalan. Baca arahan soalan berkali2. pastikan apa yg perlu dijawab, berapa yg perlu dijawab dan apa yg tak boleh dijawab. Sikap gopoh ini adalah salah satu sifat syaitan dalam satu hadith yg pernah saya baca. Pelajar2 dinasihatkan bertenang semasa di dalam dewan peperiksaan. Bertenang di sini bermaksud menyerah diri pada Allah agar jiwa tidak berkecamuk dan seterusnya dapat berfikir secara rasional. Sebenarnya, sikap tenang ini adalah berkait rapat dgn hubungan kita dgn Allah bersertakan dgn usaha2 yg telah kita buat. Disamping itu juga, kessihatan diri, makanan yg halal dan baik serta cukup tidur dan rehat juga antara faktor kita dapat mengawal diri kita sendiri..

p.s. Kau dekat..tetapi jauh sebenarnya...

2 comments:

seri pagi said...

salam puan,
would like to share, hope u don't mind..
Terkenang masa ambil exam di univ dulu,"terkenang..hati brtmbah rawan...," nyanyian Yuna- bulan ditutup awan.
kenangn dlm exam hall, seat pilih dkt dgn dinding sbb taklah tension sgt, skurang2nya nmpk kawan di depan n sebelah je. Yg susah hatinya kalau aircond tersangtlah sejuknya, dari boleh jawab, langsung blank sbb otak sama beku dgn suhu..Biasanya sblm 20 minit masa tamat sengaja angkat tangan mintak extra blank paper (invigilator yg pemurah n baik hati tu mmg banyaklah dibaginya) bkn nak tambah isi pun, saja kumpul buat koleksi (indirectly blh buat jiran sebelah tension..msti dia ingat "byknya dia ni nak tulis"... Bila tiba final year dapat la jugak dlm 1/4 ream terkumpul (mmg tak go green langsung..dulu2 tak adapun campaign tu), kalau pihak univ tau harus dipotongnya yuran pengajian..ampun..saja suka simpan sbb ada logo univ, smpai sekrang ada lagi masih bersih n cantik tapi kuning sikit dah blh jadi bahan arkib (ermm ada juga org mcm ni..)

Answr sheets mmg ikat kuat2 takut terlerai (ada lagi ke benang putih yg halus tu) no. matriks mmg tulis di setiap muka surat, penting tu..tapi tak pernahlah pulak tulis ayat2 rayuan minta dikasihani, takut2 dari pensyarah nak bagi markah langsung ditolaknya..apapun sbg student, pensyarah jangan sesekali dikata diumpatpun jangn, mmg tak berkatlah hidup..(pretty long comments)

look fwd to reading more..your posts really inspired, bring back memories of student life..thanks
salam aidil adha..

ramizah said...

hahaha..macam2 taktik student2 ni, dulu dan sekarang..tak palah. lagi pun kita byr exam fees setiap tahun..
salam aidil adha dari sya sekeluarga :-)