Sekarang musim demam peperiksaan di UIAM. Alhamdulillah, kesemua sabjek yg saya ajar telah pun selamat diduduki oleh para pelajar2 saya yg disayangi. Pada saat ini saya sedang sibuk memeriksa kertas Undang2 Jenayah Islam. Kertas Usul al Fiqh telah selamat ditanda dan sudah diberi grade masing2.
Kira2 seminggu sebelum peperiksaan bermula, ada satu peristiwa telah berlaku pada diri saya sbagai seorg tenaga pengajar di AIKOL. Sempena dgn final exam semester ini, saya telah meng’BAR’ 4 org student dari menduduki sabjek saya disebabkan mereka “MISKIN” dgn jumlah kehadiran ke kelas. Maka, saya menggunakan kuasa yg ada paa saya utk menghalang mereka dari menduduki kertas saya.
Selepas saya bar mereka, maka mereka yg berkenaan itu begitu tangkas dan lebih laju dari Usain Bolt, dtg menziarahi saya dgn muka yg murung dan sedih. Ada juga dtg dgn airmata berlinangan..dan berjurai2 keluar. Tetapi, nasi sudah menjadi nasi air dan bubur lambuk..yg memang sedap untuk ditelan, tak perlu dikunyah2 lagi. Saya tidak berganjak dgn keputusan yg saya buat. Sebelum ini, sudah dipesan berkali2 utk dtg ke kelas sentiasa tetapi semua pesanan saya hanya tinggal pesanan, tidak diambil kisah…
Selain dari itu, saya juga diganggu oleh ibu seorg student yg meminta bagi pihak anak beliau agar ditarik balik surat barring. Malah saya di tawarkan “hadiah” yg lumayan. Dgn izin Allah saya menolak segala tawaran yg diberikan. Yg penting saya ingin melihat student tersebut sedar dari mimpi indah dan belajar menerima kenyataan yg hidup di dunia bukan seperti cerita dongeng yg berakhir dgn happy ending..tetapi seperti cerita Korea, Taekugi..
Akhir kalam, kepada mereka berkenaan..bila mahu mengambil iktibar pada setiap detik pahit yg berlaku dalam diri anda?
3 comments:
salam..
salam ziarah dan salam ukhwah fillah dari saya buat ustazah.Mudah2an persinggahan ini menghasilkan satu noktah bidayah dalam terus mencari inspirasi dan motivasi buat diri saya demi mendapat redha ilahi.. nice blog..
salam ustazah..
ella ni=) ustzh, boleh tak nk email ustzh?ade hal nk tanye..
Khalili: t.ksih (^^,) salam perkenalan..
Ella! boleh..check dalam aikol website or nanti saya PM dalam facebook.
Post a Comment