Tuesday, November 30, 2010

sesi kedua akan bermula..

Semester kedua untuk sesi 2010/2011 akan menyusul tidak lama lagi, kurang dari 2minggu. hari ni adalah hari pendaftaran untuk student2 baru, local dan international. Banyak kereta tadi semasa saya masuk ke kampus pagi tadi. Kebanyakannya dtg bersama2 dgn keluarga masing2. hari pendaftaran anak2 di asrama penuh, di kolej, universiti dan juga hari konvokesyen adalah hari bersama keluarga.

Pada bulan october yg lepas, saya juga turut menghadiri pada hari pendaftaran anak sulung saya ke pusat matrikulasi. Sungguh tak sangka tempat yg pernah saya mendaftar 21 tahun lepas akan menjadi tempat anak saya pula. Kenangan semasa belajar di UIAM dulu bermain2 di mata. Tempat saya membesar dan menimba ilmu dan belajar menjadi seorang yg dapat menerima perbezaan di kalangan kita. aargh.

Semasa saya mendaftar di matrik UIAM dulu, saya pergi di temani abah dan sepupu yg juga dapat masuk di tempat yg sama. keseronokan amat terasa sebab berteman. Ibu saya tidak papat pergi disebabkan adik2 masih kecil dan ramai yg masih bersekolah.

nasihat saya pada pelajar baru, betulkan niat anda semasa belajar. kalau niat hanya utk bersuka2 dan mendapatkan keseronokan semata2, maka, sila betulkan. Ingatlahm bila ibu bapa anda berhabis2an menghantar ke asrama penuh/kolej dan sebagainya, sebenarnya mereka menghantar anda bersama2 seribu harapan dan sejuta doa agar anda menjadi anak serta student yg bertanggungjawab pada amanah yg diberikan. Anda juga adalah manusia terpilih, "anugerah dari Allah" utk menjadi khalifah di mukabumi ini..

sya pula membayangkan pada saat ini, student baru adalah bertudung litup, labuh dan sangat innocent pada seminggu dua ini..dan selepas itu, Allah sahaja yg tahu..

p.s. aku sudah agak begitu..

4 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

musti sgt bizi jalan dlm uia tuh...
really miss those time
n of course i really miss u...

Siti Nurhafiza Shari said...

anak ustazah tu dah habis spm ek?
skrg matrik regist bulan 10 ke ustzh?

ramizah said...

tak sibuk sgt.. Stdnt x ramai mcm june intake.
Ya, sudah..tp dia ambil o level.

seri pagi said...

Assalamualaikum Puan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah.. Semoga tahun yang akan berlalu berakhir dengan sesuatu yang indah dan kemunculan tahun yang baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih indah.