Powered By Blogger

Wednesday, August 17, 2011

Isu murtad dan prosedur dalam Islam

Ramai yg tahu bahawa mengikut undang2 Jenayah Islam, hukuman yg akan dikenakan kepada orang murtad ialah hukuman bunuh. Tetapi ramai yg tidak tahu apa dia prosedur jenayah Islamiyyah sebelum hukuman itu dapat dijalankan. Disamping itu ramai juga yg tidak tahu, apa dia elemen2 jenayah yg WAJIB dibuktikan sebelum si penjenayah boleh diumumkan sebagai Murtad Islam. Perlu diingatkan juga bahawa hanya Mahkamah Syariah yg berkuasa utk mengumumkan bahwa si Polan itu sudah murtad."Sesungguhnya dilarang sama sekali dikalangan kita utk memanggil sesiapa sebagai orang murtad melainkan si pemanggil itu juga adalah seorg murtad juga" ( maksud hadis).






Antara prosedur jenayah yg perlu dilalui oleh mahkamah ialah hak kepada si murtad utk bertaubah. Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai Istitabah. Hak ini adalah wajib diberikan oleh mahkamah kepada tertuduh. Ulama2 berselisih pendapat tentang period yg perlu diberikan. Ada yg berkata, 3 hari, 1o hari dan ada juga tiada ketetapan masa tetapi bergantung kepada mahkamah. Pada masa period istitabah juga, adalah menjadi tugas mahkamah dan pihak berwajib lain utk menyelidiki apakah yg menyebabkan tertuduh meninggalkan agama Islam. Apa silapnya? Apa masalah si tertuduh? Mungkin ada ketidafahaman hukum hakam Islam dan sebagainya? Mungkin ada paksaan atau elemen luar lain yg menyebabkan dia murtad? Apakah ada niat jenayah si penjenayah? Ini adalah antara elemen2 penting yg perlu dibuktikan oleh Mahkamah Syariah. Jika si murtad bertaubat dalam waktu ini maka gugurlah hukuman bunuh ke atas beliau.





Di dalam lecture saya selalu memberi contoh kes Lina Joy sebagai satu kes yg mana si murtad boleh dikenakan hukuman bunuh. Lina Joy @Azlina telah dillahirkan sebagai org Islam, hidup mengikut amalan Islam tetapi tiba2 keluar dari agama Islam sebab mahu mengahwini pemuda kristian. Dia juga telah membawa kes ini hingga ke Mahkamah Persekutuan dgn tujuan utk mencabar kedaulatan Islam agar memberi hak kepada dia utk keluar dari agama Islam. Jika kes dia menang di Mahkamah Sivil ( Persekutuan), maka akan menjadi ikutan pada org2 murtad lain utk mengikut jejak beliau sekaligus mengugat kedudukan agama Islam di negara kita. Satu perkara perlu diingat bahwa, kes2 murtad hanya boleh didengari di Mahkamah Syariah sahaja. Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa





Walaubagaimanapun jika si pesalah murtad ini adalah org2 yg tidak mempunyai kepentingan umum tetapi hanya peribadi sahaja, maka mahkamah boleh consider permohonan beliau. Seperti kes Siti Fatimah Abdullah, seorg wanita muallaf yg berkahwin dgn lelaki muslim dari Iran. Selepas berkahwin, tiada sebarang tunjuk ajar dari suami bagaiman mahu hidup mengikut cara Islam dan apa yg halal dan apa yg haram. Sepanjang berkahwin, tidak pernah solat dan sebagainya. Suaminya pula hilang entah ke mana. Justeru itu, permohonan sebegini boleh didengari boleh Mahkamah. Saya rasa tidak adil utk menyuruh atau memaksa Siti fatimah untuk terus kekal dalam agama Islam sedangkan pengalaman pahit bersuamikan org Islam menyebabkan dia ada stigma yg negatif pada agama ini.






Banyak lagi isu2 lain dalam jenayah murtad ini tetapi tak dapatlah saya nak membincangkan di kesemuanya sini.






Secara umumnya, kes murtad di Malaysia adalah amat2 membimbangkan. Tugas pihak berwajib ialah utk mencari punca keadaan ini berlaku. Apakah kepincangan yg berlaku dalam masyarkat kita? Apa kelonggaran dari segi undang2 menyebabkan mereka meninggalkan agama Islam sebegitu saja? Ini adalah tugas kita; tugas semua umat Islam. Pada masa yg sama kita hendaklah memberi contoh yg terbaik kepada org bukan Islam. Walaubagaimanapun saya pasti, jika niat utk memeluk agama Islam dibuat dgn penuh keikhlasan hati disamping ada moral support dari keluarga dan teman2, pasti si muallaf itu kekal beragama Islam. Tetapi jika seseorang itu, memang lahir sbg org Islam dan mengamalkan ajaran Islam sebelum ini dan tiba2 keluar dari Islam, maka seuatu yg pelik telah berlaku. Hanya dgn undang2 jenayah Islam dapat merungkai apa masalahnya dan jika perlu, hukuman bunuh perlu dilaksanakan kpd beliau. Itu pun selepas setiap prosedur mahkamah telah dilalui. Hukuman hudud senang disebut tetapi sangat susah untuk dilaksanakan.





Marilah kita sama2 mendoakan negara kita selamat dari malapetaka sedemikian...








p.s. maaf, sabar dan redha...













4 comments:

Wafiy Azman said...

Assalamualaikum ustazah...pada pendapat ustazah isu murtad di malaysia ini mejadi2 ketika ini adakah kerana kita tidak mengambil islam secara menyeluruh atau masalah masyarakat kita yang tidak memahami Islam ini bagaimana?

seri pagi said...

terima kasih atas perkongsian ilmu.. kalau dulu isu ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang mufti tapi malangnya kenyataan beliau dipertikaikan..apa yang dibimbangkan isu ini hanya jadi isu yang bermusim..harap yang berkenaan dapatlah berbuat sesuatu sebelum ianya jadi makin parah..

incek.loyer said...

tp. mcm lh Allah msih terima 'Islam' dia even undg2 msia kata xleh murtad kn?

btol x ustzh?

hehe.

*izzatghazali*

ramizah said...

wafiy: awk tak sabar2 ni nk belajar ICL ni..jawapan ringkas saya, sudah terang lagi bersuluh..
Nurul: t.ksih atas komen anda :-)
E: dok pahang la soalang anda :-P