Thursday, October 15, 2009

Semester 1 2009/2010 akan berakhir

Lecture dan tutorial akan berakhir tak lama lagi. Lega rasanya sebab kelas dah nak habis. Student pula akan mula berada di dalam minggu studi atau revision week. Minggu ini sepatutnya digunakan untuk student mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan diri untuk peperiksaan yg akan menjelang tiba nanti. Tetapi ada ramai lecturer yg masih mengadakan lecture hingga ke malam hari. Malah minggu ini juga digunakan oleh sesetengah lecturer untuk membuat kelas ganti ( make up class panggilnya disini).Begitu juga test. Kesiaaaaan kat student…tapi student jgn pula ambil kesempatan untuk balik kg!..Itu sudah salah..
Biasanya saya bila kelas dah nak habis, hati jadi sayu..sedih..tak sanggup nak hadapi hari2 tanpa student “mengacau” kat bilik. Seronok sebab syllabus dah habis tapi harap2 hubungan guru-murid tak habis di situ saja. Mudah2an akan tetap maintain sampai bila.
Student akan ingat guru dgn dua cara: Hari Guru dan Hari Raya. Hari lain yang student tidak ada keinginan untuk ingat..tidak menjadi masalah buat saya tapi bukan pada kedua hari yg saya sebut tadi..

“ If you love somebody, you have to let him go..if he comes back to you, he is yours..if he does not, then it is never meant to be…”

Semoga semua student saya menjadi manusia terbilang dan gemilang pada Islam dan Ummat sejagat..

4 comments:

Adrina Adi said...

wah, berdedikasi sungguh kak ngoh ni. student2 kak ngoh patutnya bersyukur dpt lecturer mcm ni.

Kami said...

terima ksih ustzh utk ilmu yg dcurahkan..

muhammad zukhairi said...

“ If you love somebody, you have to let him go..if he comes back to you, he is yours..if he does not, then it is never meant to be…”

Sangat dalam maksud tu;)

ramizah said...

Kak: mudah2an gitu lah..resam hidup, ada yg suka dan ada tg tak suka.

KamaL: sama2 kasih..

Zukhairi: memang ada makna.. so far, awak ok je..maintain.