Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

Wanita hari ini..

Di dalam lecture baru2 ini, saya ada melontarkan persoalan mengenai kelayakan wanita untuk mnjadi hakim di mahkamah syariah di Malaysia. Rata2 jawapan yg diberikan oleh pelajar2 wanita adalah tidak layak; kenapa tidak layak? Wanita adalah manusia lemah dari segi fizikal dan mental; keputusan wanita bergantung kepada ijma' ulama dan juga lelaki; Lelaki adalah pemimpin bagi wanita; wanita menpunyai ketidakseimbangan hormon di dalam badan mereka yg menyebabkan mudah terpengaruh pada alam sekeliling semasa membuat keputusan; wanita adalah manusia beremosional!



Jawapan2 sebegini membuat saya sendiri menjadi manusia emosional! Kenapa kita sendiri memandang rendah pd kwibawaan yg kita ada. mengapa dari awal lagi kita telah menyerah kalah sebelum berperang. Kita tidak perlu bergnatung kepada sesiapa untuk membuat keputusan. Mata, hati, minda dan perasaan kita adalah milik Allah semata2 dan pada Dia kita bergantung harap. Kita difardhukan untuk menuntut ilmu supaya setiap keputusan yg dibuat adalah berdasarkan pada ilmu yg dituntut. Ilmu bukan setakat kelayakan akademik tetapi ianya termasuk juga pengalaman hidup.



Saya harap2 wanita2 di luar sana berhentilah dari memandang rendah pada kekuatan dan kebolehan yg kita ada. saya bukan pejuang hak wanita, bukan juga seorang yg anti lelaki. tidak sekali2. tapi saya anti manusia yg tiada pendirian dan istqamah di dalam hidup mereka. Tidak perlu untuk memperjuangkan hak kerana hak hak wanita sudah terang lagi bersuluh di dalam al quran dan sunnah dan juga di dalam peruntukan undang2 di MYS. Saya bukan anti lelaki kerana saya mempunyai suami yg begitu menjaga hak2 wanita/isteri. Ssya mempunyai seorang abah yg begitu mengasihi dan menghormati anak2 perempuannya.



Yg penting wanita akan terus2an melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan dan menjadi wanita modern penuh islamik lagi sejati. Selagi kita memandang rendah pada diri selagi itulah org akan terus memijak2 diri kita sendiri..

3 comments:

Kami said...

btul tu ustzh....sy x brp stuju jgk bena ng jwpn2 yg dberi bdk2 ni..nk jah jwb ritu..every gender is equal..

FA said...

fatien likes this...=)

ramizah said...

dik..kami tu Kamal la..