Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

kisah di Kota Bharu

Kisah Satu:
Cara nak bersalam ni ialah dgn mengenggam erat tangan yg dihulur sambil mengucap selawat dan salam kepada Nabi ( kalau mahu) dan melihat wajah teman sambil tersenyum mesra. Selepas bersalam, tangan di hulurkan di dada atau di raut ke muka sebagai tanda salam diterima dan doa diaminkan. Itulah sebaik2 cara bersalam. Tapi sekarang ni cara bersalam raya macam apa ye? Org muda2 sekarang ni cakap, tangkap muat saja. tak pandang pun kita..senyum pun tarak..aisey man..?

Kisah dua:
Saya ni dah lama benar tak tengok berita tv nasional. Bukan tak patriotik tapi Mere Zindagi kat rumah yg suka tengok berita CNN, BBC world news and Al Jazeera. Kiranya saya ni tak uptodate la pasal berita tempatan.. tak juga, saya adalah pelanggan tetap SINAR HARIAN alert news. Cerita sebenarnya ialah, bila di kg, abah saya yg conquer tvnya dan berita tempatan adalah kegemaran beliau. Satu hari saya tengok pembaca berita mengakhiri bacaanya dgn Salam Satu Malaysia. Aik, mana pergi assalamulaikum ni??

Kisah ketiga:
Lebih seminggu saya berada di Kg untuk sambut raya. Seronok tu mesti la seronok. Cuma terfikir ramainya org buat kenduri masa raya. Maksud saya kenduri kawin dan sempena majlis pertunangan. Ada 3-4 jemputan sehari spjg minggu pertama raya. Itu belum masuk jemputan rumah terbuka lagi. Kiranya saya ni beraya sakan jugak la. Cuma saya tak sempat nak berjalan ke rumah kawan2 atau saudara. Byk menerima jemputan dtg ke rumah dan kenduri kawin. Jalan di KOTA Bharu, masyAllah, Allah saja yg tahu.. ore kelate kato Sumbat. Ore KL ( kesesakan lalulintas)kato Trafik jam. Maid saya kat rumah kata Machep! Kota Bharu dah ada Parkson, Tesco, Giant, Kota Bharu Trade Centre dan hotel 5 star pun ada. Ma abah pun ada di Kota Bahru. Kota Bharu tetap baru sampai bila2.. tiap kali pergi ke pasar siti khadijah ( 3 ke 4 kali gi pasar cuti hari tu) asyik dengar org bercakap luar ( luai) je jalan depan atau sebelah atau belakang saya. Maksudnya, ramai pelancong luar dtg ke Kota Bahru…sapa2 yg belum dtg ke KB sila jemput ke sana. anak saya yg kecik nangis2 tak nak balik Gombak..

Apa komen anda pasal kisah2 di atas..silakan.

Hingga berjumpa lagi..

4 comments:

Janna Wan Muhammad said...

komen saya? saya sesungguhnya sangat2 rindukan Kota Bharu.....

ramizah said...

janna: hmmm.. i hve only one comment for your comment..isi2 la borang minta tukar..dah layak dah kan?

Kami said...

kuat sggh g pasar ustzh..wat umh dkat ng pasar la mdh sket..huhu

ramizah said...

kami: molek jgak tu..