Friday, June 18, 2010

Cakap Melayu laa!

Kali ini saya nak berkongsi mengenai ibubapa berbangsa MELAYU,tetapi berkomunikasi dgn anak2 mereka dgn bahasa Inggeris. Saya kurang bersetuju dgn cara hidup begini, sementelah pula atok dan nenek mereka tidak faham dan tidak dapat berkomunikasi dgn cucu mereka dgn bahasa ibunda mereka. Akhirnya, situasi antara cucu dan atok /nenek seolah2 bercakap dgn ayam itik.

Bahasa Inggeris perlu diajar sebagai salah satu matapelajaran bahasa di kalangan anak2 keluarga Melayu dan bukannya bahasa rasmi dan bahasa komunikasi di dalam keluarga. Tujuanya adalah agar dapat berkomunikasi dgn semua ahli keluarga dgn jayanya dan kasih sayang antra mereka dapat dipupuk. Sya merasa amat sedih sekali melihat atok nenek yg terkial2 cuba memahami apa yg dicakap oleh cucu2 mereka dan anak mereka pula tanpa segan silu terus menerangkan keadaan sebenar kepada anak2 dalam bahasa Ingegeris. Ini adalah sifat tidak hormat yg ditunjukkan oleh anak2 pada ibubapa dan sekaligus menjadi perhatian pada anak2 kecil mereka. Sifat tidak hormat adalah salah satu unsur2 anak derhaka jika Ibubapa berkecil hati dgn sikap kita, nauzbillah.

Anak2 saya semuanya dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dgn fasih. Walaupun di rumah, Papa mereka bercakap dgn bahasa Inggeris dan besekolah di sekolah antarabangsa, tetapi “MOTHERtongue” mereka adalah bahasa melayu. Malah setiap kali mahu pulang ke Kelantan, mereka teruja sangat dgn loghat kelate dan memastikan loghat tersebut adalah “up to date” supaya mereka dpt beinteraksi dgn keluarga di kampong. Saya masih ingat, seawal usia 4 tahun, anak2 sudah tahu utk menukar “channel” bila bercakap dgn papa atau mama mereka.

Masih ada lagi sentimen penjajah di kalangan kita; yg merasakan apa yg dibawa penjajah itu adalah lebih istimewa dari bahasa kita sendiri..

Berbanggalah dgn bahasa kita..Bahasa Jiwa Bangsa!

5 comments:

fatien adibah said...

sgt2 setuju..
p/s:nak post kat fb nih..:D

ramizah said...

bereh..

ramizah said...
This comment has been removed by the author.
Mr. and Mrs. Mokhsin said...

yer...nampak nyer usaha penjajah menguasai pemikiran orang melayu kita sungguh berjaya, sampai sekarang dah jadi sebati ngan orang kita...sbb tu orang dari negara lain tak pandang sgt budaya org malaysia, sbb orang melayu sendiri tidak berbangga dgn budaya kita sendiri...

tgk macam Indon..very proud with their culture sampai kan masayarakat negara lain pon turut hormat.

Nana Kuat Merapu said...
This comment has been removed by the author.