Saya mengeluh sendirian selepas bercakap dgn seorg student mengenai masalah yg dia hadapi. Dia mempunyai misi sendiri utk menentu hala tuju kehidupan dia. Manakala ibubapa memnpunyai cara mereka tersendiri. BIla berlaku konflik sebegini, siapa mangsanya? Saya rasa kedua2naya sekali. Ibubapa akan “kehilangan” anak mereka. Anak pula akan “ kehilangan” doa dan keredhaan ibu bapa. Akhir sekali, hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan institusi keluarga akan runtuh.
Saya masih ingat pesan Allahyarham Prof Dato’ Dr Mahmud Saedon Awang Othman, guru saya semasa di UIAM, jika kita hendak berkahwin hendaklah kita bersedia bukan sahaja sebagai suami/isteri tetapi bersedia juga untuk menjadi ibu/bapa, Atok/Nenek dan sebagainya. Kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan utk menjadi Ibu bapa yg terbaik pada anak2 kita. Proses ini sentiasa berterusan sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini. Anak2 pun hendaklah menanam di dalam diri yg ibubapa kita pun manusia biasa yg sentiasa cuba menjadi yg terbaik. Sudah tentu di dalam proses menjadi yg terbaik ada yg halangan dan cubaan di tengah jalan. Mungkin di situ terpancar kekurangan atau kesilapan mereka. Kita, sbg anak, lihatlah kekurangan itu sbg satu “kelebihan” mereka sbg manusia yg cuba dan berusaha utk menjadi yg terbaik. Lihatlah kekurangan itu dgn mata hati kita bukan dgn mata shaja. Berlapanglah dada dan buka lah hati dgn seluas2nya..
Berbailk pada masalah di atas, bagi saya, apa2 pun berlaku saya akan sentiasa menjadikan keredhaan dan kegembiraa ibu bapa menjadi keutamaan di dalam hidup saya. Sudah pastinya, kehendak yang akan saya turuti berada di dalam ruang lingkup syariah. Hatta Ibubapa salah sekalipun ada cara utk menegur dgn berhikmah agar hubungan tetap terjaga.
Kepada student tersebut, walau berkecil hati sekalipun dgn ibu bapa dgn kesilapan mereka, jangan sekali2 membuat mereka sedih dengan kelakuan kita. Bersabar dan berdoa kepada Allah, agar Allah dapat membuka jalan pada konflik ini. Kamu masih muda lagi, baru berusia 20 tahun.Masih jauh perjalanan hidup anda. Jangan berasa kita sudah pandai dan banyak pengalaman.
Ada satu hadith yg bermksud
“ Tiap2 dosa anak Adam bisa diundurkan oleh Allah SWT hingga ke hari Kiamat, melainkan kederhakaan kepada Ibu bapa, nescaya akan diipercepatkan balasan kepada si Penderhaka sebelum dia mati…”
Semoga hadith ini dapat mengingatkan kita tentang tugas kita sbg anak..
p.s.sometimes you have to let go to see if there was nothing worth holding on to..
No comments:
Post a Comment