Bila dibilang balik, tak sampai satu bulan lagi sem baru akan bermula. Dulu macam tak sabar2 nak jumpa student, sekarang rasa macam terbalik pula. Kenapa ye? Banyak benda belum siap lagi. Nota belum update lagi, LMS pun masih di takuk lama, Course outline sabjek pun mesti dikemaskini jugak supaya boleh masukkan isu2 baru semasa mengajar nanti. Fail2 untuk subject Islamic Criminal law dan Usul al Fiqh tak tahu di ceruk mana kat dalam office ni.
Short sem ni, saya terlibat dalam Law Attachment Programme sebagai Pegawai Penyelia LAP dan saya kena buat lawatan ke tempat praktikal student. Soalan cepu mas yg sya bselalu tanya pada stduent ialah, " selepas 2 bulan lebih buat praktikal di sini, mana yg kamu lebih suka, belajar atau bekerja,?" Rata2 jawapan mereka ialah "BELAJAR!" Hmm..baru mereka tau yg belajar sebenarnya lagi menyeronookan dari bekerja..
Apa2 pun sya rasa ialah bergantung kepada minat kita. Jika kita minat pada pkerjaan yg kita buat itu, pastinya ianya lebih menyeronokkan disamping mendapat gaji yg setimpal dgn pekrjaan yg kita buat itu.
Nasihat sya yg terakhir, semasa praktikal kita seolah2 menjadi tetamu di tempat orang. jadi, pandai2 la membawa diri di tempat org jgn sampai terlanjur kata dan perbuatan..setiap pertanyaan dan kelakuan kita biarlah berpada2 dan sederhana.
Akhir sekali, Jangan lupa senyum! :-)
2 comments:
tuu la selalu dengar situasi,org yg belajar sebok nak bekerja,org yg bekerja plak nak belajar..hmm...ntah la kan...tp, post kali ini mmg kena dgn adk sebab sokmo terfikir psl ni..;p
apa2 pun yg kita buat kena ada minat..kngoh suka kerja dari belajar sebab rasa byk benda bole buat kpd anak2 bangsa..
Post a Comment