Powered By Blogger

Friday, August 13, 2010

Yg salah perlu ditegur..

Kali ini sya nak membebel sikit pasal student yg tidak sifat2 ihsan dalam diri dia. Contoh yg paling terbaik sekali ialah apa yg berlaku pada hari ini. Sya meminta semua student utk menyediakan jawapan pada satu soalan yg mana jawapannya telah dibincangkan di dalam kelas tutorial yg lepas. Jawapan itu MESTI dihantar pada pagi ini jam 8 pagi. Bila saya smpai di office pada jam 9.20 pagi sudah ada beberapa kertas A4 paper di dalam raga di luar office saya. Sebelum jam 11, sya keluar utk melihat notice board dan saya tengok ada berberapa assignemt diletak di dalam raga sedangkan saya ada di dalam office.Saya tidak keluar office sejak dari jam itu hingga 11.50. Bila saya keluar saya tengok ada satu lagi assignment diletak di dalam raga. Sya tak ambil kertas itu. Tepat jam 12 saya dtg balik ke office sebab ada appoinmetn dgn student pada waktu itu, saya tengok assignment tadi masih di situ. Selepas menemuramah student jam 12, tiba2 saya tengok ada lagi tambahan beberapa helai lagi assignment yg diletak diluar sana.

Mereka yg menghantar assignment tanpa berjumpa saya sedangkan saya ada di office pada waktu itu adalah menunjukkan satu sikap yg tiada hormat pada guru. Tiada sedikit ihsan utk berjumpa dgn saya memberitahu apa sebab kelewatan menghantar assignment tersebut. Ianya ditinggal, mengikut fahaman mereka, nanti ustazah ambil sendiri assignment tersebut. Sebenarnya hingga jam 1.30 petang saya ada menerima assignment student saya sebab mereka dtg berjumpa saya smbil memohon maaf dan menjelaskan sebab kelewatan. Sya terima alasan mereka.

Sya cuma nak persoalkan apa salahnya memberitahu saya apa yg sudah berlaku yg menyebabkan gagal utk dihantar pada waktu. Apa salahnya kalau sudah tahu kita salah, dtg memohon maaf atas kesulitan yg berlaku. Bagi saya tidak ada lebihnya saya utk tidak menerima kemaafan awak dan tidak kurangnya awak utk memohon kemaafan atas kelewatan.

Ini yg dinamakan sikap yg tidak berihsan pada guru. Tidak berhemah pada guru.

Ramai org bercakap bahwa kita kena hormat pada guru tetapi bila kita berada pada situasi sebenar, ramai yg lupa pada sikap hormat itu.

p.s sabar tetapi setiap kesalahan mesti ditegur..

2 comments:

najmeyah said...

betul tu..tapi mungkin student ni takut kena marah sebab anto lewat..ader kemungkinan jgk diaorang takut ustazah diaorg ader keje ke...tapi apa2 pun,kena jugak hadapi sebab kita yang lakukan kesalahan tu...yang pasti, lagi baik menjawab dulu tapi a'ment diterima dari a'ment dihantar tapi tak diterima sebab tak send sendiri kpd guru,(pensyarah or whatever)...yang penting jujur..and respect each other

ramizah said...

kalau dah memang salah kita, kena marah..terima dgn hati yg terbuka. sya bukannya amik rotan pukul mereka dan sy tidak menggunakan kata2 kesat pun..berani berjumpa ustazah sebb memg kita benar2 salah..as simple as that..