Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

Salahkah kita memuji seseorang?

sudah lama saya ingin menulis tajuk ini tetapi selalu ditangguh2.

Saya dikunjungi oleh seorang student kira2 sebulan lepas. Semasa kami berbual2, saya memuji dia sebagai seorang yg berdisiplin dari segi kehadiran di dalam lecture mahu pun tutorial. Lantas dia memberi komen pada statement saya dan menyatakan bahwa kita tidak boleh memuji orang. Saya bertanya, kenapa tidak boleh? Jawabnya, boleh mendatangkan riya'.

Saya rasa pemahaman dia dalam konsep riya' dan pujian itu adalah tidak tepat.

Tidak salah kita memuji seseorang; suami/isteri, teman,adik beradik, anak2 dan pelajar kita. Pujian mestilah ikhlas, benar, specfic dan berpada-pada. maksudnya puijan itu adalah lahir dari hati yg bersih dan ikhlas, bukannya utk membodek atau meng"jet" seseorang. Pujian yg diberikan adalah menasabah seperti "awak adalah seorang yg pemurah" daripada " awak ini seorang yg sangat2 baik ". Pujian kepada anak yg takut utk menghadapi exam, " mama tahu angah pandai dalam maths. Test lepas angah lulus. Angah dapat tempat ke-9 dalam kelas. Angah adalah seorg yg tidak berputus asa" Ini adalah pujian dan juga kata2 semangat dari seorang ibu kepada anaknya.

Di sekolah akan diadakan hari penyampaian hadiah kepada pelajar2 terbaik di dalam peperiksaan. Ini juga adalah stu bentuk pujian kepada pelajar2. Salah kah? Di universiti ada juga Dean's List, salahkan kita menganugerahkan sijil dean's list ini kpd pelajar2?

Sebarang anugerah yg diberikan kepada kita dari Universiti, sekolah, mana2 instutusi adalah satu bentuk pujian terhadap sumbangan kita kepada negara, sekolah dan masyarakat. Pujian ini diberikan utk mengiktiraf jasa2 yg dibuat oleh mereka dan sekaligus mendorong agar orang lain juga boleh mengikut jejak langkah mereka.

Riya' adalah personal. Riya' adalah berbentuk individu bukan kolektif. Sifat ini akan mendorong invidu tersebut menjadi sombong, alpa dan mementing diri sendiri. Riya' juga membuat si penerima pujian menjadi hamba kepada nafsu dia.

Oleh itu, jika kita menerima anugerah atau pujian dari sesiapa, anggaplah pujian itu dari sekumpulan org ramai dan masyarakat yg suka pada si penerima. Ianya adalah dari kolektif manusia bukannya dari seorang manusia sahaja.

Anak2 perlu dipuji agar bertambah keyakinan mereka dan membentuk peribadi yg kuat dan tahan lasak. Pelajar2 perlu dipuji jika berjaya di dalam peperiksaan. Juga perlu ditegur jika ada sebarang kekurangan di dalam jawapan peperiksaan. Inilah yg dinamakan pujian yg ikhlas dan benar.

Nabi Muhammad juga memuji sahabat2 baginda semasa hayatnya. Abu Bakar al Siddiq diberi gelaran al siddiq yg bermaksud benar kerana sifatnya yg senantiasa membenarkan kata baginda. Umar al Khattab, digelar al faruq kerana kekuatan mindanya dlm membezakan yg benar dan yg batil. Ali yg diberi gelaran Karamaallah Wajhah, kerana kemuliaan dia dalam menegakan agama Islam.

Dalam mengeratkan sillaturaahim sesama kita, selalulah kita melihat kelebihan org lain dan memuji pada kelebihan yg dia ada. Tapi ingatlah, bila nk memuji biarlah berpada2..biarlah pujian itu datang dari hati ikhlas agar si empunya diri terus yakin utk berrjuang di jalan Allah...


p.s. keseorangan di sini..

4 comments:

ise3339 said...

seorang guru memang perlu memuji pelajarnya, kerana pujian seorang guru dapat menaikkan lagi semangatnya untuk belajar.

seri pagi said...

assalamualaikum..
jika bg seorg pekerja, pujian dr ketua blh membantu meningkatkan kualiti kerja.. tapi terpulanglah pada individu itu utk menilai pujian yg diterima, jika sesuatu kerja dilakukan dgn ikhlas tiada masalah dgn pujian tersebut. melainkan bila kerja yg dilakukan semata2 mgharapkan pujian.. erti kata lain menunggu masa utk dipuji..pujilah aku..itu mmg ada masalah..
kalau seseorang itu layak dipuji tak salah utk memuji..ada juga sesetengah orang yg susah/kedekut utk mengeluarkan kata2 positif tu..

ramizah said...

Ise: kita adalah guru, tahu apa yg patut dilakukan utk menaikkan semangat pelajar..
Nurul: sy cukup setuju dgn nurul, ada org kedekut utk memberi pujian.ini lagi masalah...

aisha umaira' said...

Salam.ustzh.pd sy xde mslh terima pujian yg pntg kita sntiasa rendah hati n kembalikan pujian itu kpd ALLAH...sebenarnya apb kita dipuji itu adlh salah satu dr rahmat ALLAH yg Maha Kaya coz ALLAH dah menutup keaiban diri kita dgn pujian yg diberi...syukur Alhamdulillah...jika ditegur,itu adalah teguran dr ALLAH agar kita dpt bermuhasabah diri n membersihkan hati dr dosa n noda yg x disdari...wallahua'lam...sekadar perkongsian...menarik tajuk ni...insyaALLAH,sama2 bersihkan hati(^_^)