Friday, July 29, 2011

London is calling? Oh! yeah, it is happening!

Sejak dari tadi saya asyik berfikir, apa yg hendak ditulis dalam entry kali ini. Semestinya pasal trip to London. Cuma tak tahu macam mana nak mulakan.

Lebih baik saya mengomen pasal benda2 yg saya takut seperti yg saya nyatakan dalam entry lepas.

1. Flight ke London yg mengambil masa 13 jam tu, saya tidur lena.. Yg saya ingat, selepas hidangan makan malam disediakan selepas 1 jam berlepas, saya tidur. Bila saya sedar, sudah lebih 6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Wah! sekurang2nya saya tidur 5 jam. Sama juga semasa penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya tidur sampai 2 round! memang hantu tidur la saya kali ni.

2. Saya takut nak berbahasa Inggeris di sana; Owh...saya silap sama sekali, rupanya saya faham org British bercakap. Hehe.. Tak ada masalah. Cuma bila org Aussie bercakap, saya ternganga.. Memang org Aussie bercakap asyik nak buka mulut luas-luas la.. sebijik habuk pun saya tak faham.

3. Anak-anak saya, Wafi dan Lutfi, alhamdulillah. Bagai aur dgn tebing. Saling memerlukan. Saling sayang menyayang. Mama rasa sangat lega sebab dua beradik telah mendengar dengan baik "taklimat" sebelum berlepas. Ada juga adegan jeling menjeling diantara mereka tetapi bila tengok mama menjeling, masing-masing jadi " kami dengar dan kami taat'.

4. Paper saya telah dibentangkan dgn jayanya. Alhamdulillah. Semuanya kerana izin Allah semata-mata. Ramai yg datang mengucap tahniah sebaik saja saya selesai membentangkan kertas kerja. Yg paling menggembirakan bila seorang Professor dari Brigham Young University datang memeluk saya sambil meluahkan perasaan leganya kerana saya dapat menjelaskan tentang kecantikan undang2 Islam pada audience. saya juga berasa sungguh lega kerana dapat mengenakan seorang speaker yg mungkin seorg Muslim ( namanya Raja Bahlul) yg meremeh2kan Allah. Geram saya..Namanya pun Bahlol!! ( Geram saya bila tgk dia datang dan bagi salam kat saya..rasa malas nk jawab...tapi jawab jugak)

Secara umumnya, trip ke London adalah sangat menarik dan mengkagumkan. Selain dari perkara2 di atas, saya juga sempat berjalan2 di sekitar London, Oxford, Bicester Village dan Wimbledon. Kalau ada peluang mahu lagi ke sana, insyAllah. Pesan saya, kalau nk shopping dan makan jgn convert duit pound ke ringgit Malaysia, jadahnya ialah tak shopping dan tak makan la...

p.s. Glad to be home...

7 comments:

SHEHAN ISMAIL said...

ustazah.. apa yg raja bahlol tu ckp? meremehkan macam mn? cte la.. ;p

FARHAN ALIA said...

wah, betul kah ustazah nama dia bahlul? kelakar betul lah.seswaii dgn namanya. :)

Janna Wan Muhammad said...

mmg vahalol itu raja vahalol!
apa2 pon tak puas la baco entry ni kak ngoh..sila update lagi berserta gambar2 yg boleh membuat ayaq liuoq saya meleley....

ramizah said...

Shehan n Paan: Raja Bahlol memberi komen sambil bertanya, "macam mana kita tahu Allah boleh maafkan kita? Kita tak nmpk Dia. Apa kesalahan yg kita buat yg myebabkan kita perlu minta maaf pada Allah?".Sebelum sya smpat mnjawab, seorg speaker dari US, (non muslim) menjawab, " semua org Islam ada abd allah;hamba Allah. Walaupun Dia kita tak nampak, Dia nampak kita.kita boleh approach Tuhan melalui beberapa ayat quran" Sapa tak geram bila org Islam macam ni bercakap. Betul ke dia seorg Muslim? Entahlah..kalau betul dia Muslim,knyataan seprti in adalah menunjukkan dia sudah pun keluar dari agama Islam...

Janna: Insyallah..coming soon!

ise3339 said...

mmg nama dia sdh jadi doa..tu yg perangai dia pn bahloh.. well kk ngoh, Congratulations n well done!! i'm looking 4ward for ur nxt entry..

fatienwm said...

gambar kak ngoh gambar!hehe..:).kelakar jer time mama jeling tuu..:P

Mohd Shahir Shamsudin said...

sesuai sungguh nama bahlol tu dengan tuannya.

p/s: tahniah untuk ustazah!! :)