Semasa di Masjidil Haram ada satu peristiwa yang berlaku yg tidak akan saya lupakan.
Saya masih ingat pada suatu hari saya berjalan bersendirian ke masjid utk menunaikan solat zohor di Masjidul haram. Saya sampai di sana kira-kira 1 jam lebih sebelum masuk waktu. Selepas solat sunat dan membaca Quran, saya mengambil peluang utk bertaaruf dgn jemaah di sebelah kanan saya dari Indonesia. Tidak lama kemudian datang seorg jemaah dari Malaysia ( melalui tanda "Malaysia" di telekungnya) duduk di sebelah kiri saya. Kami bercakap seketika. Kemudian jemaah dari Malaysia itu membaca Quran. Dia membawa Quran yg agak besar. Kemudian dia solat sunat. Selepas selesai solat dia bertanyakan saya asal dari mana dan sebagainya. Tiba2, datang seorang perempuan dari Afrika ( berdasarkan dari kulit dan pakaiannya) dan mahu duduk di sebelah jemaah Malaysia itu. Tetapi jemaah Malaysia itu, mengibas-mengibas tangan dia pada jemaah Afrika itu supaya pergi dan mencari saf lain. Saya sungguh tekejut dgn tindakan dia. Tak sepatutnya dia berbuat begitu. Jemaah Malaysia tadi memandang saya lantas memberitahu yg org-org Afrika ini berbau busuk. Saya mengucap panjang dalam hati..Astaghfirullahal azim..
Selepas itu, saya menjadi tawar hati utk berbual dgn dia, lantas saya membaca al Quran utk menenangkan hati dan juga utk melupakan insiden tadi. Tidak lama kemudian, azan berkumandang. Selepas solat sunat, masing mula mengambil tempat dan merapatkan saf masing2. Seperti biasa, saya bergerak ke kanan iaitu rapat dgn jemaah Indonesia tadi. Jemaah Malaysia pun sama ke kanan, ke arah saya. Jemaah Malaysia itu mengajak jemaah dari belakang utk berdiri di sebelah kiri dia tetapi tiada sipa yg mahu. Quran yg diletak di sebelah ruang atas sebelah kanan dia di hujung sejadah menyebabkan dia tak boleh rapat dgn saya.Sebelum mengangkat takbir, saya melihat di sebelah kiri jemaah Malaysia ada ruang kosong. Mungkin ada 5 orang lagi boleh masuk, tetapi tiada siapa yg mahu masuk dan berdiri sebelah dia. Saya terus solat dan bila selesai, ruang itu masih di situ...kosong. Kanan dan kiri. Dia solat seolah bersendirian tanpa jemaah lain di kiri kanan dia. Saya melihat wajah jemaah malaysia ituselepas itu, dia nampak gusar dan sedih.
Apa yg saya boleh disimpulkan di sini. Berhati-hatilah semasa bercakap. Jangan sekali-kali menghina orang terutama jika di masjid. Bila berada di masjid, masing2 datang utk beribadat kepada Allah. Jika rasa tidak selesa dgn jemaah sebelah, beralih lah dgn cara dan dgn niat yg baik, Niat utk kita lebih khusyuk utk beribadat pada Allah. Saya pun akui, ada yg datang dgn baju yg penuh debu dan berbau. Tetapi kita mesti ingat, tk semua org bernasib baik sperti kita. Selalunya bila saya berhadapan dgn mereka sebegini, saya akan tetap bersabar sehinggalah mereka mula menganggu saya semasa solat maka saya akan mula mencari tempat lain.
Saya tidak akan lupa pesan seorang ustaz semasa menghadiri kursus haji, bila berada di sana, hendaklah kita menggunakan deria kita yg ke enam, iatu hati. Tengok apa2 bukan shj dgn mata tetapi dgn hati. Mendengar juga bukan sja dgn telinga dengan hati. Hati itu sangat penting ukt kita menjaga mata, telinga, lidah dan mana2 pancaindera yg lain...
Untuk Mimi , adik angkat yg saya sayangi..thank you for the memories that we shared together in Mecca and Madina...You are a good sister and companion...love you very much..
p.s. Kapan pulang ye? :-)
3 comments:
Bestnyer...bila ader kesempatan ke sana...T_T
Teruskan bercerita ustazah :)
Capik: Mudah2an sapa la sana muda2 ni..
Shahir: Awk peminat tegar saya (^^,) terimakasih..
Post a Comment