Saturday, July 9, 2011

Di sebalik rindu itu...

Saya berada di Makkah dan Madinah selama 30 hari semasa menunaikan haji pada tahun 2009. Itu lah pertama kali meninggalkan anak2 dan suami begitu lama sekali.

Sebelum pergi, perasaan takut sentiasa ada. Adakah saya mampu menanggung rindu pada anak2? Ramai teman2 dan saudara memberitahu saya, bila berada di sana, kita tidak akan ingat pada mereka. Kita akan asyik beribadat pada Allah sahaja. Lupa pada sesiapa di kampung. Saya mengambil nasihat mereka dgn ragu2.

Minggu pertama di sana, saya begitu sibuk menyesuaikan diri dgn tempat, teman2 sebilik dan suasana di sana. tetapi hati tetap teringat pada anak2 terutama sekali. Masuk minggu kedua, hati saya terasa berat..berat memikul rindu pada anak2. Airmata senang saja mengalir bila teringat pada mereka.

Minggu ketiga, saya sudah tidak tentu hala. Bila saja saya tengok anak2 lelaki sebaya anak2 saya, hati bagai dirobek-robek. Menangis tidak berlagu. Pernah sekali dalam perjalanan balik ke hotel, sya melihat kanak2 lelaki sedang bermain bola. Lantas fikran saya tertumpu pada mereka dan membayangkan anak2 saya, zaki, wafi dan lutfi sedang bemain bola.

Saya banyak menghantar message utk anak2. Tak sanggup utk mendgr suara mereka. Suami pun enggan bercakap dgn saya. Yg kedengaran suara dia di celah suara anak2 bertanyakan mama macam mana. Sihat tak mama? Mama dah makan ke belum.

Untuk mengubat rindu di dada..utk meredakan hati yg lara, saya banyak menghabiskan masa dgn membaca Quran. Sedar tak sedar, sepanjang 30 hari di sana, saya khatam Quran 2 kali. Tak pernah2 dibuat sebelum ini.

Semasa di Mina, keadaan di sana agak cramp sedikit. ramai orang di dalam satu khemah. Tidur pun mungkin 3-4 jam sahaja satu hari. Tidur2 ayam org kata. Sekali tu, saya tertidur dalam pukul 2.30 pagi. Sebelum tertidur, fikiran melayang2 di kampung halaman dan suami di sana. Saya bermimpi suami saya kahwin lagi! Bila saya terjaga, jantung saya berdegup kencang. Tangan saya terus mencari handphone yg diletak di bawah bantal. Cepat2 saya menghantar message pada suami bertanyakan hal itu... Jawapan yg diberikan ialah " I wish it is true.." rasa macam kelakar sangat pada pagi itu.

Mungkin pada setengah orang yg sudah sampai ke peringkat sufi, mungkin boleh berbuat demikian; melupakan mereka semasa mengerjakan ibadat haji. Saya masih belum mencapai ke tahap itu. Hati saya masih lemah...entahlah..apa perasaan mereka yg meninggalkan anak2 kecil selama 60 hari? saya tak tahu la apa akan jadi pada saya nanti. Apa2 pun, itu semua pengalaman. Saya tidak pernah menyesal...dan saya masih lagi memasang angan2 utk ke sana lagi..kalau boleh bersama anak2 :-)

p.s. "Never part without loving words to think of during your absence'.....I am sorry...

7 comments:

ise3339 said...

abe ngoh gak..mmg pandai ambil hati kk ngoh..he3
best dgr cerita org yg sudah ke sana..insyaAllah kami akan menyusul suatu hari nanti:)

Hakim Hamid said...

ingat ko nok tulis pasal bersih hari nih,dok pum pasal robot gocoh!Tapi u always suprise me kak ngoh.Thank you for sharing.Rindu pada tanah suci semakin membuak2.Soon iAllah,sooon

Shehan Ismail said...

I'Allah madam.. nt mesti ada rezeki madam ke sana dgn anak2 sekali.. saya harap, saya pn dapat rezeki ke sana..amin

ramizah said...

Ise: That is him..kita ni dok gedebar dok dah dok dah..tp kelakar sgt2...saim hok ada dekat tu kejut belako...sebab kngoh terjaga pah gi raba2 hp bwh bantal...
Hakim: BERSIH;ada idea..tp..biarlah dulu..
Shehan: InsyAllah..bawa anak2 sbg Mahram..sy doakan awak juga..

Afif Abdullah said...

amboi ustazah, part kahwin lain tu saya suka...haha...romantic gitu...anyway,suka baca cite2 ustazah kat Makkah..1st time komen2 ni...haha

ramizah said...

t.ksih afif kerna memberi komen..sy suka bca komen2 u all semua..

Hakim Hamid said...

PS Bilo nok ado entry Bahasa Kelatey pure/ "kaw"punyer nih?heheh